LAPORAN mengenai bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedia melakukan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan Azilah Hadri berhubung pembabitan beliau dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu mendapat perhatian ramai.
Ahli Parlimen Pekan itu akan melafazkan sumpah berkenaan selepas solat Jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur, hari ini.
Membicarakan mengenai kesediaan Najib melakukannya, barangkali, sebilangan besar daripada kita kurang jelas mengenai sumpah laknat.
Berdasarkan penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri di laman web rasminya, sumpah yang menggunakan kitab suci al-Qur’an, hukumnya adalah dibolehkan.
Apa itu sumpah laknat?
Sumpah laknat secara harfiahnya, bermaksud "sumpah", dan merupakan sumpah sebagai Muslim yang dilakukan oleh dua orang atau lebih untuk melaknat orang atau pihak lain yang melakukan perbuatan tertentu.
Bagaimanapun, ia tidak diiktiraf secara rasmi dalam undang-undang Syariah Malaysia, yang ditadbir secara berasingan oleh setiap negeri.
Jika diikutkan, sumpah laknat adalah berbeza daripada sumpah yang dilakukan di mahkamah syariah kerana biasanya dalam kes-kes pertikaian keluarga atau warisan - di mana seseorang bersumpah dengan nama Tuhan.
Apakah hukum sumpah laknat?
Sumpah laknat atau mubahalah sudah dikenali sejak zaman Rasul dan Rasulullah SAW sendiri pernah melakukan sumpah ini dengan utusan kaum Nasrani dari delegasi Najran untuk membuktikan suatu kebenaran.
Sumpah menggunakan al-Qur’an yang dibolehkan berdasarkan beberapa syarat bersumpah, iaitu:
Bersumpah dengan satu daripada yang berikut:
1. Zat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Zat Allah SWT atau aku bersumpah demi Allah SWT.
2. Nama Khas bagi Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi Tuhan Penjaga seluruh alam atau demi Tuhan Pemerintah hari Kiamat atau Aku bersumpah demi Tuhan yang Maha Pemurah.
3. Sifat Allah SWT. Contohnya, Aku bersumpah demi kemuliaan Allah atau demi ilmu-Nya atau demi kehendak-Nya atau demi kekuasaan-Nya.
Di Malaysia, sumpah laknat antara lain digunakan di Malaysia berhubung dengan skandal seks sama ada untuk membuktikan tidak bersalah atau untuk membuktikan tuduhan seseorang adalah benar.
Antaranya ialah pada 2011, trio Datuk T "yang terkenal, Datuk Seri Abdul Rahim Thamby Chik, Datuk Shazryl Eskay Abdullah dan Datuk Shuib Lazim berkata mereka bersedia untuk mengambil sumpah laknat, di mana sahaja dan bila-bila masa - walaupun di Mekah – bagi menegakkan keadilan dengan pita seks mereka ditayangkan, yang didakwa melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada bulan April tahun itu juga, Shazryl kemudiannya melafazkan sumpah di sebuah masjid di Sentul selepas solat Jumaat, di mana trio itu menghadiri dengan dilengkapi ves kalis peluru di sebalik baju Melayu mereka.
Sementara pada Ogos 2008 pula, bekas pembantu Anwar, Saiful Bukhari Azlan mengangkat sumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan bagi menggambarkan yang dia diliwat oleh Anwar.
Dalam satu sidang akhbar pada Mei 2013, Saiful berkata beliau sekali lagi mengangkat sumpah di Mekah, salah satu tempat yang paling suci bagi umat Islam.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Permohonan semakan difailkan Azilah didengar 20 April
BACA: Polis akan teliti kenyataan bersumpah Azilah Hadri
BACA: Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
Astro Awani
Fri Dec 20 2019
Najib akan mengangkat sumpah laknat sebagai menafikan beliau tidak membuat arahan secara terus untuk membunuh warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. - Gambar Sinar Harian
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Izzuddin-Sze Fei naib juara, bawa pulang RM445,000
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei terlepas bergelar juara Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 selepas ditewaskan pasangan Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen
Saya tidak terlibat pembunuhan Altantuya - Najib
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menafikan terlibat dalam pembunuhan Altantuya, menegaskan beliau tidak mengenali atau mengarahkan pembunuhan itu.
Bunuh Altantuya: Hukuman mati Azilah diganti penjara 40 tahun, 12 sebatan
Di bawah undang-undang baharu itu, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengenakan sama ada hukuman mati atau pemenjaraan antara 30 hingga 40 tahun.
Bapa Altantuya mohon hukuman mati Azilah diringankan kepada dipenjara
Shaariibuu Setev menyatakan permohonannya adalah atas dasar hormat yang mendalam pada sifat kemanusiaan rakyat Mongolia.
Mahkamah Persekutuan dengar semakan hukuman mati Azilah Hadri hari ini
Mahkamah Persekutuan dijadual mendengar permohonan semakan hukuman mati bekas Azilah Hadri, yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu, hari ini.
Gagal bayar RM9.24 juta, keluarga Altantuya fail notis kebankrapan terhadap Razak Baginda
Keluarga mendiang Altantuya Shaariibuu memfailkan notis kebankrapan terhadap Abdul Razak Baginda.
Sirul perlu mohon semakan hukuman mati – Saifuddin
Ia juga menyukarkan usaha untuk menyiasat dakwaan Sirul bahawa dia menerima RM1 juta bagi menutup mulut dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu pada 2006.
Sirul hanya boleh dibawa ke Malaysia jika ada permohonan semakan hukuman mati - KPN
Malaysia hanya boleh mengemukakan extradisi ke atas Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh, Altantuya Shaariibuu sekiranya bekas anggota polis itu membuat permohonan semakan ke atas hukuman mati.
Pembunuhan Altantuya: Dakwaan Sirul jadi kambing hitam tak pernah dibangkitkan di mahkamah - KPN
Dakwaan bekas anggota polis, Sirul Azhar Umar yang disabitkan membunuh Altantuya Shaariibu telah dikambing hitamkan untuk menutup mulut tidak pernah dibangkitkan di mahkamah.
Sirul akui terima RM1 juta untuk tutup mulut
Dakwanya, dia dijadikan kambing hitam dan terperangkap dalam permainan politik serta mengakui menerima RM1 juta ketika berada di Australia.
Sirul masih dalam senarai notis merah Interpol - Pengarah JSJ
Notis merah belum dibatalkan memandangkan pihak berkuasa masih berusaha membawa pulang Sirul ke Malaysia.