ARTIKEL ini adalah penulisan balas terhadap penerbitan di portal akhbar Asia Sentinel nukilan Murray Hunter bertajuk “Malaysia: Permanent Ethnic Malay Polity” yang menyentuh perkembangan isu politik yang berlaku di Malaysia baru-baru ini
Hunter menyatakan antara lain bahawa “apa yang sangat Melayu mengenai rampasan kuasa yang berlaku di Parlimen adalah pertukaran kerajaan yang bukan hasil daripada pilihanraya tetapi berdasarkan keputusan yang dibuat oleh Raja Melayu, Yang Di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah".
Pertama sekali, Hunter mengkritik pertukaran kerajaan dan menyalahkan YDPA kerana melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Malaysia adalah sebuah negara demokratik yang progresif dan YDPA telah bertindak berdasarkan apa yang diperuntukkan kepada Baginda oleh Perlembagaan Persekutuan untuk melantik seorang Perdana Menteri setelah bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri dengan rela meletak jawatan pada Februari 2020, walaupun YDPA sendiri telah memujuk beliau untuk kekal sebagai Perdana Menteri.
YDPA tidak pernah campur tangan dalam sistem demokrasi di Malaysia. Walaupun Malaysia sering dikritik secara berat sebelah, demokrasi mekar subur di Malaysia dan ini terbukti menerusi kekalahan Barisan Nasional sewaktu pilihan raya tahun 2018 yang lalu.
Kedua, Hunter mengkritik bahawa semua di Malaysia adalah “Melayu” dan Malaysia sedang menuju daripada sebuah negara berbilang kaum ke sebuah negara khusus Melayu.
Ini adalah suatu pengataan yang tidak benar dan berniat jahat dalam memburukkan orang-orang Melayu.
Walaupun Malaysia adalah sebuah negara majoriti Muslim, Malaysia sentiasa menghormati budaya dan tradisi masyarakat lain.
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan, penganut agama-agama lain bebas mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan harmoni di Malaysia.
Berbeza dengan kebiasaan di negara-negara Barat, kaum minoriti Cina dan India boleh memilih untuk menduduki pendidikan rendah dan menengah vernakular yang dibiaya oleh kerajaan – sesuatu yang hampir mustahil untuk berlaku di majoriti negara-negara dunia pertama.
Ketiga, Hunter juga memberi gambaran seolah-olah orang-orang Melayu adalah lemah, tidak berdaya saing dan gila kuasa.
Gambaran ini adalah jelas bersifat perkauman terhadap orang-orang Melayu. Selain itu, orang-orang Melayu juga telah dituduh mengubah sejarah negara agar ianya memihak kepada mereka.
Sememangnya, orang-orang Melayu adalah Bumiputra bagi tanahair Malaysia. Terdapat sembilan Raja-raja Melayu yang mengambil giliran untuk dilantik sebagai YDPA setiap lima tahun.
Institusi Raja-raja Melayu lahir dari kerajaan-kerajaan lama yang telah wujud di Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu berkurun lamanya.
Kerajaan-kerajaan ini adalah kerajaan berdaulat kerana bukan sahaja entiti-entiti politik ini menjalinkan hubungan dengan kuasa-kuasa asing, tetapi pemerintah kerajaan-kerajaan Melayu ini juga menandatangani perjanjian antarabangsa dengan pelbagai negara berdaulat yang lain – satu pengakuan terhadap kedaulatan kerajaan-kerajaan Melayu terhadap Tanah Melayu.
Sebagai contoh, Ratu Victoria sendiri mengiktiraf Sultan Abu Bakar sebagai pemerintah Johor yang berdaulat menerusi Perjanjian Persahabatan yang ditandatangani di antara Johor dan Britain pada tahun 1885.
Malah, Mahkamah Keadilan Antarabangsa, yang dianggap Mahkamah Dunia, menerusi keputusan terkait Batu Puteh pada tahun 2008 mengakui bahawa Johor adalah sebuah kesultanan berdaulat.
Oleh itu, adalah mustahil bagi Malaysia untuk mempunyai seorang YDPA di kalangan orang-orang bukan Melayu kerana takhta-takhta Raja-raja Melayu adalah diwarisi secara turun temurun melalui darah DiRaja.
Ini juga adalah sebab kenapa orang-orang Melayu dan kaum pribumi yang lain di Malaysia diberikan status ‘Bumiputra’.
Terdapat sejumlah besar kaum minoriti Cina, Pakistan, India dan pendatang Asia di Australia, New Zealand dan United Kingdom.
Kaum pendatang ini telah menetap di negara-negara ini bergenerasi lamanya dan diberikan taraf kerakyatan. Maka, persoalan yang sama boleh ditimbulkan.
Bolehkah Ratu England (yang juga Ratu untuk Australia dan New Zealand) sebagai pewaris takhta dan ketua kerajaan dilepaskan daripada keluarga DiRaja dan diberikan bekas imigran sungguhpun mereka telah menjadi warganegara?
Hunter dengan jelas menuturkan bahawa senario politik Malaysia adalah sangat “Melayu”.
Perlu diingatkan bahawa senario politik di United Kingdom, Australia dan New Zealand juga didominasi kaum kulit putih sejak dari dahulu lagi.
Malah, belum pernah ada kaum bukan kulit putih yang dilantik menjadi Perdana Menteri di negara-negara ini.
Satu perkara yang jelas, sejak merdeka, walaupun kaum Melayu membentuk populasi majoriti, kaum bukan Melayu tidak pernah dipinggirkan dan dikecualikan dalam pembangunan negara.
Sebagai contoh, negeri Pulau Pinang yang mempunyai majoriti penduduk etnik Cina tidak pernah ditadbir oleh Ketua Menteri daripada kaum Melayu ataupun India, namun, ini tidak pernah dijadikan isu sejak merdeka.
Sekiranya pemerintahan ‘apartheid’ atau ‘politik Melayu kental’ wujud di Malaysia, masyarakat bukan Melayu di negara ini tidak akan dapat menikmati kekayaan negara dan diberikan kuasa serta kedudukan politik sewajarnya.
Tidak perlu untuk seseorang ini mengamati secara mendalam untuk sedar bahawa terdapat banyak tokoh-tokoh perniagaan, politik, atlet dan bijak pandai dikalangan masyarakat bukan Melayu.
Setelah enam dekad mencapai kemerdekaan, Malaysia telah berkembang menjadi salah sebuah negara paling berjaya di Asia menerusi kestabilan politik dan perkembangan ekonomi yang berterusan.
Indeks Keamanan Global telah menempatkan Malaysia sebagai salah sebuah negara teraman di dunia.
Malaysia juga telah berjaya membendung penularan wabak COVID-19 di bawah pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malaysia telahpun memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.
Ini menunjukkan bahawa kepemimpinan Melayu yang didokong oleh rakan senegara yang lain berhasil dalam memacu negara ke arah kejayaan, kekayaan, kesejahteraan dan kestabilan.
Selain daripada rusuhan 1969, tidak pernah ada kekacauan kaum yang berlaku di negara ini di skala besar seperti yang terjadi di Amerika Syarikat pada hari ini.
Semua nyawa adalah berharga di Malaysia.
Akan tetapi, memandangkan kedudukan Raja-raja Melayu adalah bersifat turun temurun dan hanya diwarisi oleh kaum kerabat DiRaja Melayu, apa salahnya Malaysia menjadi sebuah politi Melayu kekal namun tetap memberikan kesaksamaan sewajarnya kepada semua warganya?
* Artikel ini adalah penulisan bersama Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli dan Dr Fareed Mohd Hassan yang merupakan pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia.
** Mohd Hazmi juga adalah Profesor Pelawat di Sekolah Undang-Undang, Far Eastern Federal University (FEFU), Vladivostok, Russia.
*** Pandangan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Fareed Mohd Hassan
Thu Jun 11 2020
Sungguhpun Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Islam adalah agama persekutuan, penganut agama-agama lain bebas mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan harmoni di Malaysia. - Gambar hiasan
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Apa salahnya Malaysia menjadi sebuah 'politi' Melayu kekal?
Walaupun Malaysia sering dikritik secara berat sebelah, demokrasi mekar subur di Malaysia dan ini terbukti menerusi kekalahan Barisan Nasional sewaktu pilihan raya tahun 2018 yang lalu.