Sukan SEA 2025: Kontinjen negara guna jalan darat ke Songkhla

Hannah menyaksikan Jefri (duduk, kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif PACE Teoh Chia Chun (duduk, kiri) ketika menandatangani dokumen pada Majlis Menandatangani MoA antara MSN dan PACE di MSN Bukit Jalil hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Majlis Sukan Negara (MSN) memilih menggunakan jalan darat bagi membawa kontinjen negara ke Songkhla yang beraksi pada Sukan SEA 2025 di Thailand bulan depan.
Ringkasan AI
- MSN memilih menggunakan jalan darat untuk membawa kontinjen negara ke Songkhla bagi Sukan SEA 2025 bulan depan, menjadikan Malaysia sebagai penyertaan terbesar dengan 1,688 anggota termasuk 1,166 atlet.
- Keputusan itu dibuat selepas perbincangan bersama persatuan sukan dan pihak berkuasa tempatan, memastikan atlet mendapat rehat yang mencukupi sebelum pertandingan.
- Selain Songkhla, Sukan SEA 2025 turut berlangsung di Bangkok dan Chonburi, dengan acara sukan termasuk bola sepak, catur, kabaddi, karate, dan pencak silat.
"Mereka akan menginap satu malam di UUM sebelum bergerak ke Songkhla. Pergerakan ke Songkhla memakan masa enam jam dari sini dan dari sempadan pula dalam sejam setengah sahaja.
"Ini memberi masa rehat lebih panjang kepada atlet-atlet kita. Mereka akan pergi tiga hari sebelum, berbanding dua hari sebelum, bergantung kepada jadual acara masing-masing," katanya.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani memorandum perjanjian penajaan antara MSN dan syarikat barangan sukan tempatan Corporate Hero Century Sdn Bhd (PACE) di sini hari ini, yang disaksikan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.
Antara acara sukan dipertandingkan di Songkhla adalah bola sepak, catur, kabaddi, karate dan pencak silat.
Malaysia dijadualkan menghantar 1,688 anggota kontinjen termasuk 1,166 atlet, menjadikan penyertaan terbesar negara dalam sejarah temasya sukan dwitahunan itu.
Selain Songkhla, Sukan SEA 2025 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 20 Dis ini turut melibatkan dua lagi wilayah iaitu Bangkok dan Chonburi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


