TIDAK mudah sebenarnya bagi seseorang personaliti itu apabila sering menjadi tumpuan.
Bahkan, tugas dan tanggungjawab juga tambah berganda apabila menjadi tunggak kepada barisan hadapan negara.
Malah, segala tindak tanduk dan keputusan harus teliti agar lebih 30 juta rakyat Malaysia terus kekal sihat dan terhindar terutama sekali pandemik COVID-19.
Baru-baru ini, sidang editorial SYOK telah menemubual Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk segmen SYOK Unsung Hero.
Dalam temu bual tersebut, beliau menyatakan sekiranya sempadan tidak diperkukuhan dan diperketatkan, besar kemungkinan penyakit ini kembali menular dalam negara.
Bukan itu sahaja, Dr Noor Hisham juga menekankan aspek patuh kepada perancangan yang telah dirancang bagi membendung penularan COVID-19.
“Apa yang penting adalah kepatuhan kepada segala perancangan kita iaitu iaitu petugas kita dan rakyat Malaysia patuh kepada SOP,” kata beliau dalam temu bual tersebut.
Dalam temu bual sepanjang 10 minit itu, Dr Noor Hisham turut menyuarakan kebimbangannya berhubung pertambahan kes positif COVID-19 tatkala kawasan-kawasan di hemisfera utara akan memasuki musim sejuk.
“Tapi kebimbangan kita sekarang ni, kita akan memasuki musim sejuk di hemisfera utara dan kita lihat kes-kes semakin bertambah.
“Yang tahun lepas pun bila di Wuhan berlaku pada bulan Oktober, November dan Disember. Jadi, kita jangkakan tahun ini pun sama juga,” katanya lagi.
Dalam temu bual itu juga, Dr Noor berkongsi bagaimana beliau bekerja terutama sekali ketika berada dalam
keadaan tidak menentu.
“Contohnya COVID ini, 24 jam kita fikir pasal COVID. Siang, malam, tengah malam tak boleh tidur.
“Kadang-kadang kita lihat macam mana kita boleh dapatkan penyelesaian yang terbaik,” kongsi Dr Noor Hisham lagi.
Ditanya bagaimana beliau melakukan kerja, Dr Noor Hisham menasihatkan semua orang agar sentiasa bekerja secara ikhlas.
Bagi beliau, keikhlasan dalam melakukan sesuatu perkara itu sangatlah penting selain menekankan bahawa setiap pekerjaan harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
Apabila ditanya tentang apa lagi yang masih belum dicapai oleh beliau sebagai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Dr Noor Hisham mengharapkan adanya integrasi di antara perkhidmatan kesihatan awam dan swasta.
“Perkhidmatan (kesihatan) di Malaysia ini terbahagi kepada dua, swasta dan awam. Macam mana kita nak integrasikan kedua-duanya? Jadi kita boleh guna pakai dari segi kepakaran,” tambah beliau lagi.
Video penuh SYOK Unsung Hero dapat disaksikan melalui aplikasi SYOK. Dapatkan aplikasi SYOK secara percuma di App Store dan Play Store.
Azwar Kamaruzaman
Fri Sep 25 2020
Ikuti video penuh wawancara SYOK dengan Dr Noor Hisham Abdullah di aplikasi SYOK.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.