SAN FRANCISCO: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco di sini bagi menghadiri Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC).
Pesawat khas yang berlepas dari Jeddah itu mendarat jam 9.37 Isnin malam waktu tempatan.
Ketibaan beliau yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail disambut Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Turut bersama Anwar dalam penerbangan tersebut adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil dan beberapa delegasi lain.
Turut menyambut ketibaan itu adalah Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Konsul Jeneral Malaysia di Los Angeles, Anil Fahriza Adenan.
Manakala Penolong Ketua Protokol bagi Hal Ehwal Diplomatik Jabatan Negara Amerika Syarikat, Nan Kennelly menyambut ketibaan Anwar mewakili kerajaan Amerika Syarikat.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan mengetuai delegasi Malaysia bagi Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) yang berlangsung dari 14 hingga 17 November 2023.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan sepanjang penglibatan Perdana Menteri dengan Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC dan di pelbagai platform pelbagai hala dan dua hala, Perdana Menteri berhasrat untuk mengetengahkan situasi di Palestin, untuk meraih sokongan global, akses kemanusiaan, dan penyelesaian yang adil.
Perdana Menteri juga akan mengambil peluang untuk berkongsi keutamaan dan prinsip Malaysia di bawah Rangka Kerja Ekonomi MADANI, menekankan keterangkuman, pembangunan mampan dan kerjasama untuk kemakmuran bersama.
Harits Asyraf Hasnan
Tue Nov 14 2023
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan mengetuai delegasi Malaysia bagi Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) yang berlangsung dari 14 hingga 17 November 2023.
- Foto Bernama
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
[KOLUMNIS] Malaysia: Sebuah negara progresif di peringkat antarabangsa
Penulis menyaksikan sendiri bagaimana Perdana Menteri secara tegas mewakili Malaysia melonjak isu penderitaan warga Palestin serta krisis kemanusiaan yang berlaku saat ini.
PM Anwar dijadual adakan pertemuan dua hala dengan Justin Trudeau
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan pertemua dua hala dengan rakan sejawatnya dari Kanada, Justin Trudeau di luar Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC di sini pada Jumaat.
Perjanjian perdagangan Indo-Pasifik: Satu tonggak dimeterai, dua dimuktamad dan perdagangan belum diputuskan
IPEF terdiri daripada empat tonggak utama: Perdagangan, Rantaian Bekalan, Tenaga Bersih dan Ekonomi Saksama.
APEC 2023: PM sertai dialog bersama 21 pemimpin dunia
Anwar juga dijadual menghadiri Dialog Majlis Perniagaan APEC dengan Pemimpin Ekonomi APEC yang akan dihoskan Kamala Harris.
APEC 2023: Anwar adakan pertemuan dua hala dengan Presiden Vietnam, Peru
Anwar dan Van Thuong turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama membanteras penangkapan hasil laut secara haram di perairan Malaysia.
Google, Kerajaan Malaysia jalin kerjasama strategik sasar cipta 300,000 peluang pekerjaan menjelang 2026
Anwar berkata, komitmen terbaharu Google ini pasti akan meningkatkan daya saing digital negara, selaras dengan NIMP 2030.
Meritokrasi: Langkah afirmatif tidak seharusnya berasaskan kaum - PM Anwar
Tindakan afirmatif adalah perlu bagi memastikan golongan miskin dan terpinggir mendapat peluang sama rata.
APEC 2023: PM Anwar, delegasi tiba di San Francisco
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC.
APEC 2023: PM Anwar ketuai delegasi Malaysia, hasrat ketengah situasi di Palestin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Ke-30 Pemimpin-Pemimpin APEC di San Francisco.
APEC 2023: 21 ekonomi dunia mula berhimpun di San Francisco
Minggu Pemimpin Ekonomi APEC 2023 yang dihoskan Amerika Syarikat dan dipengerusikan oleh Presiden Joe Biden membuka tirai secara rasmi di San Francisco.