IPOH: Seorang YouTuber, Apit Wan Lebo mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat atas tuduhan menghantar komunikasi jelik, Mei lalu.
Apit atau nama sebenarnya, Roshafeez Abdul Hamid, 39, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani.
Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 1.30 petang, 9 Mei 2021 dengan menggunakan perkhidmatan aplikasi Facebook akaun profil Apit Wan Lebo yang telah dibaca di Pejabat Siasatan Jenayah IPD Batu Gajah, kira-kira jam 10.30 pagi, 10 Mei 2021.
Dia didakwa di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta yang sama.
Sabit kesalahan membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.
Timbalan Pendakwa Raya Liyana Zawani Mohd Radzi menawarkan jaminan RM10,000 tetapi peguam, Keshvindar Singh memohon jumlah yang minima kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,500 sebulan dengan menjual nasi lemak di hadapan rumahnya di Kuala Kangsar, di samping mempunyai lima orang anak.
Mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Januari hadapan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada Mei tular video berdurasi empat minit 15 saat di media sosial yang memaparkan seorang lelaki melahirkan perasaan tidak puas hatinya terhadap kerajaan kerana melaksanakan PKP 3.0 yang disifatkan sebagai longgar berbanding PKP 1.0.
Abd Razak Mohd Ali
Fri Dec 17 2021
Roshafeez (tengah) hadir ke Mahkamah Seksyen Ipoh hari ini atas pertuduhan membuat hantaran komunikasi jelik menerusi akauan Facebook miliknya, Mei lalu. - Astro AWANI
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
AWANI Ringkas: Laporan interim nahas helikopter TLDM dalam dua minggu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nahas helikopter Lumut: Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota TLDM yang maut dalam nahas helikopter di Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun pada Rabu.
Lebih sebulan berlalu, polis masih kesan pemilik sebenar wang RM500,000 dalam bagasi
Polis masih mengesan pemilik sebenar wang tunai lebih RM500,000 yang ditemui dalam bagasi di tempat letak kereta sebuah pusat beli-belah di Damansara pada 20 Mac lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan daripada Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
Apit Wan Lebo didakwa hantar komunikasi jelik
Dia didakwa telah secara sedar membuat penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.
Polis Perak perjelas Ops 'jaga tol'
Pelaksanaan operasi itu akan menempatkan anggota polis di setiap plaza tol hala masuk untuk membuat pemeriksaan dan memantau kadar bayaran tol.
Polis sahkan 'Apit Wan Lebo' ditahan semalam
Individu berkenaan telah ditahan pada jam 11 malam selepas dia menghadirkan diri ke Balai Polis Batu Gajah.