Aplikasi Gerak Malaysia, yang dibangunkan untuk pengesanan dan penyimpanan rekod pergerakan yang terperinci semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ditamatkan mulai esok (31 Julai).
Kenyataan bersama yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menasihati pengguna agar memadam aplikasi itu daripada telefon bimbit masing-masing kerana tidak lagi mempunyai fungsi aktif selepas esok.
"Dengan pelaksanaan PKP Pemulihan sejak 10 Jun lepas, yang menyaksikan tiada lagi keperluan permit rentas sempadan negeri, PDRM dan SKMM memutuskan bahawa penggunaan aplikasi Gerak Malaysia tidak lagi diperlukan," menurut kenyataan itu.
Katanya, semua data peribadi akan diserah kepada Kementerian Kesihatan dan rekod pergerakan pengguna berkaitan aplikasi Gerak Malaysia yang disimpan akan dilupuskan.
Selain membantu mengesan kontak rapat kes COVID-19, aplikasi Gerak Malaysia membolehkan PDRM menguruskan permit perjalanan rentas sempadan negeri dan memantau jumlah pergerakan dalam masa nyata.
Menurut kenyataan itu, PDRM dan SKMM telah berjaya menguruskan pergerakan trafik dalam tempoh PKP menerusi aplikasi Gerak Malaysia.
"Kerjasama antara PDRM dan SKMM telah menyumbang kepada kejayaan pelbagai operasi. Kerjasama baik ini akan diteruskan dalam menghadapi cabaran di masa hadapan demi ketenteraman rakyat dan keselamatan negara," katanya.
Kenyataan itu turut menyeru orang ramai agar memuat turun aplikasi MySejahtera bagi membantu pihak berkuasa mencegah dan mengawal penularan pandemik COVID-19 secara berkesan.
"Aplikasi ini secara asasnya digunakan untuk memperkasa penduduk Malaysia melakukan penilaian kendiri, mendapat maklumat terkini tentang COVID-19, mengetahui kawasan berisiko, mendaftar diri sebelum memasuki sesuatu premis dan lain-lain lagi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 30 2020
PDRM dan SKMM telah berjaya menguruskan pergerakan trafik dalam tempoh PKP menerusi aplikasi Gerak Malaysia. -Bernama
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Pelajar Malaysia di Syria selamat
Pelajar Malaysia di Syria maklumkan mereka dalam keadaan selamat.
Aplikasi Gerak Malaysia ditamatkan esok
Aplikasi Gerak Malaysia, yang dibangunkan untuk penyimpanan rekod pergerakan yang terperinci semasa tempoh PKP, ditamatkan mulai esok.