awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi i-Cemas diperkenal elak kesesakan pesakit di Hospital Melaka

Bernama
Bernama
11/07/2024
06:46 MYT
Aplikasi i-Cemas diperkenal elak kesesakan pesakit di Hospital Melaka
Menurut Akmal, menerusi aplikasi tersebut, individu yang memerlukan rawatan boleh mengetahui jumlah pesakit semasa yang sedang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka. - Foto Bernama
MELAKA: Jabatan Kesihatan Melaka akan memperkenalkan aplikasi i-Cemas pada hujung Ogos atau awal September bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri Dr Muhammad Akmal Saleh berkata menerusi aplikasi tersebut, individu yang memerlukan rawatan boleh mengetahui jumlah pesakit semasa yang sedang menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka.
"Kalau kata nak datang sekarang, dia buka aplikasi itu dan tengok ada 100 pesakit yang masih menunggu, dia boleh masukkan simptom yang dihadapi dan kita boleh klasifikasi sama ada simptom ini 'perlu disegerakan" atau tidak.
"Menerusi aplikasi itu juga kita ada 'live chat box' yang boleh berinteraksi secara terus dengan paramedik, jadi paramedik boleh bagi nasihat datang ke hospital atau ke klinik kesihatan lain," katanya pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka di Seri Negeri di sini hari ini.
Dr Muhamad Akmal mewakili Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Ngwe Hee Sem bagi menjawab soalan dikemukakan Datuk Seri Sulaiman Md Ali (BN-Lendu) mengenai langkah penambahbaikan bagi menangani masalah kesesakan pesakit di Hospital Melaka.
Beliau berkata menerusi aplikasi tersebut juga, individu boleh mendapatkan lokasi klinik kesihatan yang dekat dengan kediaman pesakit.
"Contohnya di DUN Sungai Rambai, kita boleh nasihatkan mereka ke Klinik Kesihatan Sungai Rambai sebelum ke Hospital Melaka dan ini dapat mengurangkan lagi kesesakan di Hospital Melaka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#aplikasi i-Cemas
#Jabatan Kesihatan Melaka
#Hospital Melaka
#Muhammad Akmal Saleh
#kurangkan kesesakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan