awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi RepotLah bantu pihak berkuasa larang merokok di tempat awam

Astro Awani
Astro Awani
23/06/2022
11:35 MYT
Aplikasi RepotLah bantu pihak berkuasa larang merokok di tempat awam
Kementerian Kesihatan sebelum ini menyatakan bahawa mereka yang merokok di kawasan larangan dan mereka yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib, bersama-sama dengan saman atau penjara. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: RepotLah, aplikasi mudah alih yang membolehkan pengguna melaporkan isu terus kepada pihak berkuasa melancarkan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan Selangor Bebas Asap Rokok (SELBAR) untuk membasmi tabiat merokok di tempat awam.
Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif RepotLah, Keasavan Hari Krishnan, aplikasi yang menjadi medium dalam melaporkan isu kepada pihak berkuasa yang berkaitan itu merupakan usaha murni antara dua pihak ke arah persekitaran bebas daripada asap rokok.
“Bayangkan satu aplikasi yang memberi akses kepada sebarang isu yang anda hadapi, itulah rancangan RepotLah pada masa hadapan iaitu mendemokrasikan cara orang menghantar laporan,” ujarnya dalam satu kenyataan media pada Khamis.
Kerjasama tersebut juga dapat membantu orang ramai memahami betapa mudahnya untuk laporkan isu-isu ini dengan penggunaan aplikasi RepotLah di mana mereka bukan sahaja boleh laporkan tentang jalan berlubang dan lampu isyarat rosak, tetapi juga orang merokok di tempat awam.
Kementerian Kesihatan sebelum ini menyatakan bahawa mereka yang merokok di kawasan larangan dan mereka yang tidak mematuhi peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib, bersama-sama dengan saman atau penjara.
Pada mulanya, masyarakat memandang serius perkara itu tetapi apabila penguatkuasaan tidak meluas, orang ramai mula melanggar peraturan.
Seperti yang kita sedia maklum, merokok adalah satu tabiat bahaya kepada kesihatan dan kita harus usaha yang terbaik untuk membasminya.
RepotLah telah disiarkan secara langsung pada Mei 2022 dan telah dimuat turun sebanyak 500 kali dengan 300 pengguna aktif setakat ini. Semua aduan telah disalurkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan dengan tindakan diambil ke atas mereka.
Topic Berkaitan
#Kementerian Kesihatan
#saman
#rokok di tempat awam
#RepotLah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan