awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS bagi sesi ke-12 berturut-turut
Liga Super: Subramaniam ikut jejak Devan tinggalkan Melaka
Lenyapnya Bazar Lama Kampar, hilang satu lagi bangunan warisan di Perak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Aplikasi Stay Home Notice, pantau individu jalani proses kuarantin di rumah

Astro Awani
Astro Awani
04/04/2020
07:00 MYT
Aplikasi Stay Home Notice, pantau individu jalani proses kuarantin di rumah
SHN dibangunkan di Centre for Digital Futures and School of Information and Communication Technologies dengan kerjasama agensi kesihatan awam dan swasta. - Gambar Swinburne University
Universiti Teknologi Swinburne Sarawak membangunkan aplikasi Stay Home Notice (SHN) dalam usaha membanteras penularan COVID-19 di negeri itu.
Pada masa sama aplikasi ini menghubungkan pihak hospital secara langsung dengan individu yang sedang menjalani proses kuarantin di rumah.
SHN dibangunkan di Centre for Digital Futures and School of Information and Communication Technologies institusi tersebut dengan kerjasama agensi kesihatan awam dan swasta.
Sejak dibangunkan minggu lalu, aplikasi ini dilihat membantu meminimumkan beban kerja pihak berkuasa kesihatan serta berupaya meningkatkan keberkesanan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut pensyarah Fakulti Kejuruteraan, Pengkomputeran dan Sains Universiti Teknologi Swinburne Sarawak yang juga Ketua Projek Pembangunan SHN, Profesor Patrick Then, aplikasi ini dibangunkan khusus bagi memantau pergerakan individu yang diminta untuk jalani kuarantin di rumah.
“Aplikasi ini akan dimuat turun ke telefon dan mereka akan menerima peringatan untuk menghantar lokasi beserta swafoto.
“Dengan adanya aplikasi ini, ia membolehkan pihak berkuasa melakukan pemantauan dengan lebih mudah bagi memastikan individu-individu terlibat sentiasa patuh kepada arahan, pada masa sama membolehkan petugas barisan hadapan terus fokus membendung COVID-19,” katanya.
Setakat ini, Hospital Umum Sarawak (HUS) sudah menggunakan aplikasi ini manakala Jabatan Kesihatan Pulau Pinang dan Hospital Pakar KPJ Kuching sedang dalam proses mencubanya.
Aplikasi ini, bagaimanapun, masih memerlukan penambahbaikan mengikut keperluan dan perubahan mekanisme kawalan COVID-19 termasuk meneliti kaedah pemantauan SHN yang lebih berkesan.
SHN juga relevan dengan kemudahan teknologi dibekalkan Sarawak Multimedia Authority (SMA) bagi pengawasan yang lebih intensif sepanjang tempoh PKP.
Topic Berkaitan
#aplikasi
#COVID-19
#kuarantin
#Kuching
#Perintah Kawalan Pergerakkan
#Sarawak
#Sarawak Multimedia Authority
#Stay Home Notice
#Universiti Teknologi Swinburne
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan