awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM Pahang tambah keanggotaan di kawasan berisiko banjir

Bernama
Bernama
15/10/2022
08:01 MYT
APM Pahang tambah keanggotaan di kawasan berisiko banjir
Untuk tahun ini, seramai 890 orang akan ditugaskan di semua lokasi terlibat berbanding 600 orang pada tahun lepas, dengan semua mereka perlu mengikuti latihan semula untuk mengasah semula kemahiran. - Gambar fail/Bernama
KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang menambah jumlah pegawai dan anggotanya di 554 kawasan yang dikenal pasti berisiko banjir, sebagai persediaan menghadapi monsun timur laut (MTL) yang dijangka bermula November ini.
Pengarahnya Kol (PA) Che Adam A Rahman berkata untuk tahun ini, seramai 890 orang akan ditugaskan di semua lokasi terlibat berbanding 600 orang pada tahun lepas, dengan semua mereka perlu mengikuti latihan semula untuk mengasah semula kemahiran.
"Antara yang dijalankan ialah latihan keyakinan dalam air selain pemeriksaan terhadap aset darat dan air mula dilakukan supaya semuanya siap siaga bagi memastikan tugasan menyelamat berjalan lancar," katanya selepas menghadiri Latihan Kesiapsiagaan Menghadapi MTL di sini hari ini.
Che Adam berkata setakat ini, 81 unit bot, kenderaan pacuan empat roda (12 buah), ambulan (15 buah) dan sebuah bas diletakkan dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi banjir di Pahang.
APM juga melaksanakan program Pengurusan Risiko Bencana Berasaskan Komuniti (CBDRM) yang melibatkan asas teknik menyelamat serta tindakan awal perlu dilakukan kepada orang ramai sementara menunggu kedatangan pasukan penyelamat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#banjir
#APM Pahang
#monsun timur laut
#latihan kemahiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan