awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APM perkasa latihan, kemahiran perubatan kepada anggota

Bernama
Bernama
06/05/2023
20:20 MYT
APM perkasa latihan, kemahiran perubatan kepada anggota
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata ia juga susulan teguran Ketua Audit Negara tahun lepas, berhubung kekurangan latihan dan sijil berkaitan ilmu perubatan kecemasan. - Foto Facebook/APM
KUANTAN: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan memperkasa latihan dan kemahiran perubatan dalam kalangan anggota dan sukarelawannya sebagai usaha mengoptimumkan perkhidmatan kepada rakyat.
Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed berkata ia juga susulan teguran Ketua Audit Negara tahun lepas, berhubung kekurangan latihan dan sijil berkaitan ilmu perubatan kecemasan.
"Kita akui teguran yang diberikan dan ia berlaku disebabkan kita mempunyai sukarelawan yang melibatkan banyak keluar masuk kerana tiada jaminan kerja.
"Walaupun sukarelawan APM sudah diberikan latihan asas, namun kita boleh menambah pengetahuan perubatan menerusi latihan bersama mereka yang mahir dalam ilmu berkenaan," katanya selepas majlis penutupan Latihan Pemantapan 'Pre-Hospital Care' Zon Pantai Timur di Ibu Pejabat APM Pahang di sini hari ini,
Kursus itu disertai 110 anggota dan sukarelawa dari Pahang, Kelantan dan Terengganu dan bermula Rabu lepas.
Aminurrahim berkata kursus tersebut adalah inisiatif APM Zon Pantai Timur dan beliau berhasrat agar kursus itu dapat diperluas ke seluruh negara dengan modul latihannya diperkemaskan oleh bahagian pengurusan latihan ibu pejabat.
Selain itu, beliau berkata pemerkasaan ilmu perubatan dalam kalangan sukarelawan APM juga penting memandangkan sebanyak 100 unit ambulans pacuan empat roda akan diterima angkatan itu bagi melancarkan operasi penyelamatan, terutama di kawasan pedalaman.
Katanya setakat ini, sebanyak 30 unit ambulans itu telah diterima, manakala bakinya dijangka diterima secara berperingkat hingga 2024.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
#APM
#latihan dan kemahiran perubatan
#Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan