awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan

Bernama
Bernama
23/05/2024
15:16 MYT
APMM Kelantan tahan dua bot langgar undang-undang perairan
Kpt Erwan Shah Soahdi, Pengarah APMM Kelantan. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan dua bot nelayan tempatan kelas C dan bot fiber rekreasi pancing di perairan Tok Bali dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 16 Mei lepas.
Pengarah APMM Kelantan Kpt Erwan Shah Soahdi berkata penahanan kedua-dua bot itu dilakukan ketika bot agensi berkenaan sedang melaksanakan rondaan dalam Op Dama, Op Naga Bara dan Op Tiris di sekitar perairan negeri.
Beliau berkata tindakan itu dilakukan selepas kedua-dua bot terbabit disyaki melanggar syarat sah lesen iaitu melakukan aktiviti perikanan pada jarak kurang daripada 12 batu nautika dari pantai.
"Penahanan pertama dilakukan pada 10.40 malam 9 Mei lepas melibatkan sebuah bot nelayan tempatan dikendalikan tujuh kru warga Vietnam termasuk tekong berumur lingkungan 24 hingga 49 tahun iaitu kira-kira 10.2 batu nautika dari Pantai Senok, Bachok," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, penahanan kedua dilakukan pada 11 malam, 16 Mei melibatkan sebuah bot dikendalikan seorang tekong dan enam penumpang warga tempatan berumur lingkungan 31 hingga 43 tahun iaitu kira-kira 24.1 batu nautika dari muara Tok Bali kerana disyaki gagal mengemukakan lesen dan insurans bot yang sah.
Erwan Shah memaklumkan kedua-dua bot berkenaan masing-masing didakwa di bawah Akta Perikanan 1985 serta Akta Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#APMM
#bot nelayan
#syarat sah lesen
#warga tempatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan