awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM rampas 225 set bubu naga

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
01/07/2021
02:51 MYT
APMM rampas 225 set bubu naga
Kesemua bubu naga terbabit dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985. - Foto ihsan APMM
ALOR SETAR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kedah merampas 225 set bubu naga bernilai RM27,000 dalam operasi pemantauan Op Aman yang dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang masih berkuat kuasa sehingga hari ini di perairan Kuala Kedah dan Yan.
Pengarahnya Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, hasil pemantauan dan siasatan selama sebulan mendapati, berlaku peningkatan aktiviti penggunaan bubu naga di sepanjang perairan Kedah.
"Penggunaan bubu naga ini didapati mengancam dan boleh merosakkan ekosistem marin serta menjejaskan sumber pendapatan nelayan tradisional atau pesisir pantai.
"Sepanjang operasi pemantauan dilakukan, beberapa lokasi baharu turut dikenal pasti melalui penemuan pancang penanda yang dipasang pada setiap bubu naga berukuran kira-kira 10 meter panjang di beberapa lokasi berbeza sepanjang perairan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Noor Azreyanti berkata, kesemua bubu naga terbabit dirampas dan dibawa ke Jeti Zon Maritim Kuala Kedah untuk disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.
"Nelayan diingatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melanggar syarat lesen perikanan yang diperuntukan.
"Zon Maritim Kuala Kedah tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti yang melanggar undang-undang dalam kawasan perairan negara," katanya.
Topic Berkaitan
#APMM
#bubu naga
#tangkap ikan
#PKP
#Kedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan