awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
744 peserta MM2H beli rumah di Malaysia
Penganggur disyaki cabul, pukul kanak-kanak di Rawang akan dituduh esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

APMM sahkan tompok minyak bukan milik pesawat MH370

Astro Awani
Astro Awani
10/03/2014
11:31 MYT
APMM sahkan tompok minyak bukan milik pesawat MH370
Tompokan minyak yang ditemui oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, APMM disahkan bukan milik pesawat Penerbangan Malaysia, MH370 yang dilaporkan hilang sejak Sabtu.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Wilayah Timur APMM, Admiral Pertama Datuk Nasir Adam pada sidang media di ibu pejabat APMM, Pasir Puteh, Kelantan, petang tadi.
Menurutnya, ujian ke atas sampel itu adalah negatif dan bukan daripada pesawat MH370.
Sebaliknya, katanya, sampel tompokan minyak itu merupakan lebihan minyak yang dilepaskan oleh kapal berlayar di perairan tersebut.
Tompokan minyak itu ditemui di kawasan kira-kira 100 batu nautika dari Kota Bharu pada 11 pagi Ahad.
Ia dikatakan meliputi kawasan yang agak luas dan berada 20 batu nautika dari kawasan pesawat MH370 terputus hubungan.
Astro AWANI awal petang tadi telah diberitahu oleh seorang jurutera marin bahawa tompokan minyak tersebut tidak mungkin merupakan minyak yang digunakan oleh pesawat penerbangan tetapi "100 peratus pasti" minyak daripada sumber yang lain.
Topic Berkaitan
##PrayForMH370
#APMM
#Beijing
#Kuala Lumpur
#Malaysia Airlines
#MH370
#penerbangan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan