Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) merampas kira-kira 500 kilogram sotong beku serta sebuah bot kargo asing bernilai lebih RM1 juta selepas menahan mereka di kawasan 29 batu nautika dari Kuala Pahang di sini, semalam.
Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Datuk Zulkarnain Mohd Omar berkata, seramai 11 awak-awak dan seorang tekong warga Vietnam berusia 19 hingga 52 tahun turut ditahan selepas anggota APMM berjaya memintas bot ketika mereka mahu meloloskan diri pada jam 9.30 malam.
"Hasil pemeriksaan ke atas bot kargo berkenaan, kita menemui kira-kira 500 kilogram sotong yang sudah disejuk beku," katanya dalam sidang media di Kuala Pahang di sini, hari ini.
Beliau berkata, sotong berkenaan dipercayai dibeli daripada bot-bot tempatan yang menggunakan kru nelayan warga asing dan urus niaga dilaksanakan di tengah laut.
"Bot kargo yang didaftarkan di Mongolia itu juga gagal memaklumkan ketibaan, tidak mempunyai permit kargo dan disyaki melakukan aktiviti menyimpan serta memproses sotong.
"Kita percaya sotong yang dibeli daripada bot tempatan itu diproses terus di dalam bot sebelum dibekukan dan akan dibawa pulang ke negara mereka bagi dijual kepada peraih dengan harga yang lebih mahal," katanya.
Beliau berkata, bot berkenaan dipercayai masih baru berada di laut berikutan jumlah sotong yang masih sedikit kerana ia mampu membawa lebih dua tan sotong pada satu-satu masa.
"Bot ini akan berada di laut lebih dua minggu untuk membeli sotong daripada bot tempatan. Mereka ini akan bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain untuk membeli sotong," katanya.
"Bot dan hasil laut itu dianggarkan bernilai lebih RM1 juta. Bot kargo dan kru kita tahan untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan AKta Perkapalan Saudagar 1952," katanya.
Beliau dalam pada itu menyeru komuniti maritim yang mempunyai maklumat atau ternampak pencerobohan nelayan asing supaya menyalurkan maklumat dengan segera melalui talian 09-5717345
Noraniza Kamsani
Tue Apr 10 2018
Beliau berkata, sotong berkenaan dipercayai dibeli daripada bot-bot tempatan yang menggunakan kru nelayan warga asing dan urus niaga dilaksanakan di tengah laut. - Foto APMM
Dewan Undangan Negeri Sarawak bersidang selama 8 hari bermula 6 Mei
Mesyuarat Pertama Sesi Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-19 akan berlangsung selama lapan hari dari 6 hingga 15 Mei ini.
10 Berita Pilihan - (04 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Projek pembangunan: Kedah rakam penghargaan maklum balas baik PM, ada kelulusan segera
Muhammad Sanusi berkata sebanyak lapan projek dikemukakan untuk persetujuan Kerajaan Persekutuan selain berbelas lagi dimasukkan ke dalam senarai.
Muhammad Sanusi mohon maaf atas ketelanjuran kata
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meminta maaf sekiranya ada memberi ucapan yang kurang sesuai dalam konteks hubungan sesama manusia (hablumminannas).
AWANI Ringkas: Bersih anjurkan kongres Mei depan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Siklon Hidaya hampiri Tanzania
Tanzania berada dalam keadaan berjaga-jaga pada Sabtu apabila Siklon Hidaya bergerak menghampiri kawasan pantai, membawa bersamanya hujan lebat, angin kencang dan ancaman ribut.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, awal pagi tadi.
Kabinet belum bincang kenaikan harga petrol dan diesel, laporan media asing tidak betul - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil hari ini berkata Kabinet belum berbincang mengenai kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
Piala Thomas: China buat kemarau 10 tahun Malaysia ke final berterusan
Penantian 10 tahun skuad badminton negara untuk ke final Piala Thomas berterusan apabila tewas 1-3 kepada China dalam aksi separuh akhir di Chengdu sebentar tadi.
AWANI 7:45 [04/05/2024] – Warisi banyak hutang | Terhempas di kawasan ladang | Keadaan cuaca tidak menentu | Pergaduhan dua kumpulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Irfan Faruqi
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- PM dedah ada pemimpin tak puas hati kenaikan gaji penjawat awam
- Pesawat terhempas, semua terselamat
- Panas melampau di utara, banjir di selatan, cuaca terkini di Malaysia
- 28 lelaki ditahan pergaduhan dua kumpulan di Butterworth
APMM rampas minuman beralkohol, bot, enjin bernilai RM472,000
APMM Labuan merampas minuman beralkohol pelbagai jenama, sebuah bot fiber, dan tiga enjin dianggarkan bernilai lebih RM472,000 yang disyaki terlibat dalam aktiviti penyeludupan.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.