Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) telah mengusir keluar kapal penguat kuasa Vietnam 'Fisheries Resources Surveillance KN 205' yang mengganggu aset APMM ketika menjalankan tugas menahan bot nelayan Vietnam yang menceroboh perairan Malaysia, Rabu lalu.
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Laksamana Madya Maritim Ibrahim Mohamed, berkata, aset APMM iaitu KM Langkawi menahan bot nelayan Vietnam itu ketika cuba merompak hasil laut negara di kedudukan kira-kira 167 batu nautika timur laut Tanjung Mat Amin, Terengganu, pada jam 9.48 pagi.
"Kapal penguat kuasa Vietnam terbabit telah cuba menghalang anggota penguat kuasa APMM dengan cuba menghimpit bot tahanan selain membuat pusingan berbahaya di hadapan KM Langkawi.
"Namun cubaan mereka gagal apabila KM Langkawi berjaya menghalang mereka daripada merapati bot tahanan yang sedang dikawal untuk dibawa pulang bagi siasatan lanjut,"katanya dalam kenyataan hari ini.
Ibrahim berkata APMM telah memaklumkan insiden tersebut kepada Wisma Putra.
Ibrahim berkata APMM juga telah menghubungi Penasihat Pertahanan Vietnam untuk mengadakan perbincangan bagi menangani insiden itu pada hari ini namun beliau tidak dapat hadir dan hanya akan bertemu wakil daripada Bahagian Operasi APMM pada minggu hadapan.
Menurutnya, kapal penguat kuasa Vietnam itu pada mulanya meminta KM Langkawi melepaskan bot nelayan mereka namun permintaan itu tidak dapat dipenuhi memandangkan bot nelayan berkenaan telah melakukan kesalahan yang berat iaitu menceroboh perairan Terengganu untuk merompak hasil laut negara.
Beliau berkata kapal penguat kuasa tersebut kemudiannya telah diarahkan keluar dari perairan negara.
Ibrahim berkata bot nelayan terbabit bersama tiga nelayan termasuk tekong warga Vietnam ditahan, dan diesel kira-kira 9,000 liter serta peralatan menangkap ikan yang kesemuanya dianggarkan bernilai RM700,000 turut dirampas.
Bot dan semua kru Vietnam tersebut telah dibawa masuk ke Jeti Zon Maritim Kemaman pada jam 6 petang, semalam.
Kes disiasat di bawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 kerana bot beroperasi tanpa lesen yang sah dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan, dan juga Seksyen 6 (1) (c), Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.
Ibrahim berkata APMM akan meneruskan operasi bagi membanteras kegiatan pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam.
Sejak 2006 hingga kini, APMM telah menahan 1,272 bot nelayan asing dengan jumlah kru yang ditahan sebanyak 10,408 orang, dan daripada jumlah itu, 784 bot merupakan bot nelayan Vietnam dengan jumlah kru yang ditahan seramai 7,399.
Nilai rampasan keseluruhan bot nelayan asing sejak 2006 dianggarkan berjumlah RM1.2 bilion, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 20 2019
Kapal penguat kuasa Vietnam terbabit telah cuba menghalang anggota penguat kuasa APMM dengan cuba menghimpit bot tahanan selain membuat pusingan berbahaya di hadapan KM Langkawi. - Foto: Facebook KM Langkawi 7501
Freedom Flotilla to Gaza: Ketegasan Malaysia sekat kapal Israel wajar dicontohi
Walaupun usaha itu dilihat kecil namun ia mampu memberi tekanan kepada rejim Zionis dan menjadi contoh kepada komuniti global.
Juruterbang bomba dihantar ke UAE jalani latihan tambahan secara simulasi
JBPM telah diberikan peruntukan sebanyak RM800,000 untuk menghantar kesemua 17 juruterbang ke negara terbabit.
Lebih 14,000 aduan diterima menerusi aplikasi MYJalan setakat ini - Ahmad Maslan
KKR juga telah menyelesaikan 86 peratus daripada 3,766 aduan diterima menerusi aplikasi itu setakat ini.
AWANI Pagi: Apa Erti Sebenar Cakna Autisme?
Bulan Kesedaran Autisme disambut setiap tahun pada bulan April, untuk meningkatkan kesedaran umum berkenaan diagnosis tersebut. Sejauh mana cakna masyarakat mengenai autisme setakat ini? Ikuti diskusinya dalam Awani Pagi 7.30 pagi Khamis bersama Afiezy Azaman & Azib Zikry.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Pembelian empat helikopter AW189 APMM lancar, kelengkapan pesawat dimuktamad
Sesi ini membabitkan tinjauan pihak pengurusan kanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) ke fasiliti pembuatan pesawat tersebut di Leonardo Helicopters Division, Vergiante Plant, Milan, Itali.
Pendaratan cemas elak keadaan lebih mudarat - Pakar penerbangan
Lazimnya ia berlaku apabila kemungkinan situasi itu tidak dapat diatasi dalam masa terdekat dan perlu dilakukan.
Insiden Pulau Angsa: Helikopter terbang rendah, berpusing-pusing sebelum jatuh dalam laut - Saksi
Saksi terkejut apabila melihat sebuah helikopter terbang rendah dan berpusing-pusing sebelum jatuh ke laut.
Insiden Pulau Angsa: Bangkai helikopter APMM dijangka dibawa keluar petang ini
Sehingga itu, polis melakukan pengawasan bagi memastikan keselamatan di sekitar lokasi kejadian.
Insiden helikopter terhempas di Pulau Angsa: Empat termasuk juruterbang selamat - CAAM
Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah helikopter yang dikendali oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) terhempas di perairan Pulau Angsa, Klang, Selangor.
Helikopter APMM lakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa
Kejadian berlaku kira-kira jam 9.55 pagi Selasa ketika melakukan latihan menyelamat.
Kapal APMM OPV1 dinamakan KM Tun Fatimah
Kapal Peronda Luar Pesisir Pertama (OPV 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dinamakan sebagai Kapal Maritim (KM) Tun Fatimah.
Operasi kesan lelaki dikhuatiri lemas diperluas - APMM Terengganu
Operasi semalam yang membabitkan kawasan seluas 50.4 batu nautika, ditamatkan pada 7 petang kerana keadaan gelap dan ombak bergelora.
Maritim Malaysia rekod nilai rampasan RM101.9 juta tahun lepas
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merekodkan RM101.9 juta nilai rampasan dan 1,200 tangkapan atas pelbagai kesalahan tahun lepas.
APMM tahan 11 warga Thailand tangkap siput buluh di perairan Perlis
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 11 warga Thailand yang disyaki melakukan aktiviti menangkap siput buluh di kedudukan 1.2 batu nautika dari barat muara Sungai Baru, semalam.