GADGETS
Apple dilapor lancar robot meja menjelang 2027

Robot ini berasal daripada projek HomePod dengan skrin dan dijangka dilancarkan selepas Apple Intelligence diperkenalkan tahun depan. -Amanz
APPLE Vision Pro ialah produk kategori baharu dilancarkan Apple sejak sekian lama.
Ringkasan AI
- Apple sedang membangunkan robot meja dengan lengan bergerak dan skrin sebesar iPad, diperkasakan oleh Siri dan kecerdasan buatan.
- Robot ini berasal daripada projek HomePod dengan skrin dan dijangka dilancarkan selepas Apple Intelligence diperkenalkan tahun depan.
- Siri versi baharu mengalami kelewatan dan Apple kini ketinggalan dalam pembangunan AI berbanding pesaing seperti ChatGPT dan Gemini.
Robot ini ialah projek yang pada asalnya dilaporkan sebagai HomePod dengan skrin. Ia kini berevolusi menjadi robot di atas meja dengan lengan yang boleh bergerak dengan kebebasan sehingga 6″.
Skrin di hujung lengan ini adalah sebesar iPad dengan wajah robot berasaskan ikon Finder. Ia diperkasakan oleh Siri dengan kecerdasan buatan bagi membolehkan ia berbual dan berinteraksi dengan pengguna.
Projek robot ini dalam proses menghasilkan prototaip pertama dengan rekaan akhir hanya akan diketahui selepas Siri dengan Apple Intelligence dilancarkan tahun depan.
Siri yang dipertingkatkan ini sudah mengalami kelewatan setahun daripada tarikh asal kerana tidak mencapai apa yang dijanjikan di WWDC tahun lalu.
Apple lewat menerjah masuk ke arena pembangunan kecerdasam buatan (AI) menyebabkan kemampuan Apple Intelligence di belakang ChatGPT dan Gemini. -Amanz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami