awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Apung harga ayam: Kerajaan yakin tidak berlaku kenaikan mendadak

Bernama
Bernama
27/10/2023
22:30 MYT
Apung harga ayam: Kerajaan yakin tidak berlaku kenaikan mendadak
Mohamad Sabu berkata kedudukan dan pengeluaran ayam di negara ini masih mencukupi pada ketika ini. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin pelaksanaan pengapungan harga ayam tidak akan menyebabkan kenaikan secara mendadak terhadap harga makanan keperluan rakyat itu.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata ini kerana kedudukan dan pengeluaran ayam di negara ini masih mencukupi pada ketika ini.
"Harga siling ayam adalah RM9.40, harga ayam yang ada di pasaran sekarang ini berada di bawah harga siling. Jadi kita harap dengan pengapungan ini harga ayam tidak melepasi harga siling.
Ini juga (berdasarkan) tinjauan kita di pasaran dan pengeluar juga memberi jaminan untuk bekerjasama sepenuhnya supaya bekalan ayam mencukupi bila berlaku pengapungan harga nanti," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program Naratif Khas terbitan RTM dengan topik "Pasca Belanjawan 2024: Tamat Subsidi Ayam, Apa Jaminan Buat Rakyat?", malam ini. Turut sama dalam program itu adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Badrul Hisham Mohd.
Pada masa sama, Mohamad berkata mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan menaikkan harga ayam selepas pelaksanaan pengapungan harga barangan keperluan itu akan berdepan tindakan.
"Saya yakin Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memantau dengan baik supaya tidak berlaku manipulasi harga.
"Kalau berlaku kenaikan harga yang disengajakan kerajaan boleh bertindak, melainkan kalau ia betul-betul tidak cukup dalam pasaran. Kita lihat bagaimana kerajaan campur tangan untuk membantu khususnya golongan B40," katanya.
Semasa pembentangan Belanjawan 2024 pada 13 Okt lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan akan mempertimbang harga ayam dan telur di pasaran diapungkan.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata langkah pengapungan berkenaan dibuat selepas kerajaan mendapati bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.
Dalam pada itu, Badrul berkata kerajaan, terutamanya KPKM, amat berhati-hati apabila membuat sebarang keputusan memandangkan ia akan memberi kesan secara langsung kepada rakyat dan industri.
Beliau berkata keputusan melaksanakan pengapungan harga itu memakan masa memandangkan kerajaan mengambil pendekatan untuk berunding dengan semua pihak berkepentingan untuk meneliti setiap impak kepada lapisan masyarakat, sekali gus memberikan keseimbangan di semua peringkat.
"Kemungkinan dalam jangka pendek akan berlaku kegusaran rakyat, itu kita telah jangkakan. Kita telah menyediakan pelbagai strategi dan pendekatan yang akan kita laksanakan sekiranya kesan dan keresahan itu berlangsung dalam tempoh di luar jangkaan.
Dari segi jangka panjang, kita yakin keputusan ini akan memberikan satu keseimbangan ekonomi kepada semua pihak," katanya.
Pelaksanaan pengapungan harga ayam dan telur akan diumumkan pada 30 Okt ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengapungan harga ayam
#kenaikan harga
#Mohamad Sabu
#harga siling
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan