awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi akhirnya iktiraf vaksin Sinovac

Astro Awani
Astro Awani
12/07/2021
15:20 MYT
Arab Saudi akhirnya iktiraf vaksin Sinovac
Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut. - Foto REUTERS
KUALA LUMPUR: Kerajaan Arab Saudi memutuskan untuk memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri memaklumkan perkara tersebut menerusi satu hantaran di Facebooknya.
"Alhamdulillah, Arab Saudi telah memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke sana.
"Boleh sampaikan kepada ahli keluarga yang telah menerima vaksin Sinovac dan berniat untuk tunaikan haji dan umrah akan datang.
"Sama-sama kita doakan urusan jemaah haji Malaysia yang diluluskan untuk menunaikan haji pada tahun ini, dipermudahkan Allah SWT.
"Tidak ada lagi kerisauan kepada ahli keluarga kita yang khuatir tidak dapat tunaikan haji dan umrah kerana diberi vaksin Sinovac," katanya.
Sumber Facebook drzulkiflialbakri
Sebelum ini kerajaan Arab Saudi tidak memasukkan Sinovac dalam senarai vaksin yang diterima bagi kemasukan ke negara tersebut.
Hanya Pfizer dan AstraZeneca disenaraikan oleh kerajaan Arab Saudi bagi kemasukan negara tersebut sebelum ini.
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#vaksin
#Sinovac
#Malaysia
#jemaah haji
#Zulkifli Mohamad Al-Bakri
#ibadah haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan