awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa tahun ini

Bernama
Bernama
13/02/2023
10:02 MYT
Arab Saudi hantar angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa tahun ini
Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan Rayyanah Barnawi (dua dari kiri) dan Ali AlQarni akan menyertai krew misi angkasa lepas AX-2. - Foto: Twitter @saudispace
RIYADH: Arab Saudi pada Ahad mengumumkan penghantaran angkasawan wanita pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa pada suku kedua tahun ini, lapor Agensi Anadolu.
Dalam satu kenyataan, Suruhanjaya Angkasa Saudi memaklumkan Rayyanah Barnawi dan Ali AlQarni akan menyertai krew misi angkasa lepas AX-2 yang bertujuan untuk "memperkasa keupayaan negara dalam penerbangan angkasa manusia dan memperoleh manfaat daripada peluang yang ditawarkan oleh industri angkasa lepas."
"Penerbangan ke angkasa lepas itu dijadual dilancarkan dari Amerika Syarikat ke Stesen Angkasa Antarabangsa," menurut kenyataan itu.
Program Penerbangan Angkasa Manusia Arab Saudi turut melatih dua lagi angkasawan iaitu Mariam Fardous dan Ali AlGamdi -- mengenai semua keperluan misi.
Negara-Negara Teluk baru-baru ini menunjukkan minat yang mendalam terhadap penerokaan angkasa lepas.
Pada Disember 2022, penjelajah angkasa Emirati Rashid Rover berlepas ke bulan dengan kapal angkasa Jepun untuk perjalanan selama lima bulan.
Pada September tahun lepas, Suruhanjaya Angkasa Arab Saudi melancarkan program angkasawannya bagi melayakkan kader negara itu terbang ke angkasa dalam jangka pendek dan jangka panjang dan mengambil bahagian dalam eksperimen saintifik, penyelidikan antarabangsa dan misi berkaitan angkasa lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#angkasawan wanita
#Stesen angkasa lepas
#industri angkasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan