BAGAN SERAI: Umat Islam di negara ini tidak perlu bertangguh lagi untuk mendapatkan suntikan vaksin susulan pengumuman kerajaan Arab Saudi mengiktiraf Sinovac sebagai syarat kemasukan ke negara itu.
Ini kerana Sinovac adalah antara vaksin yang diberikan kepada rakyat Malaysia, selain Pfizer BioNTech dan AstraZeneca.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Zulkifli Mohamad Al Bakri berkata, pengumuman kerajaan Arab Saudi itu telah memberi ruang yang lebih besar kepada mereka yang mengambil vaksin, tidak terbatas kepada Pfizer dan AstraZeneca.
"Dengan kenyataan yang dikemukakan oleh kerajaan Arab Saudi, saya berasakan bahawa tidak ada lagi masalah untuk kita mengambil Sinovac bagi menyekat alasan untuk ke Mekah kerana Sinovac juga telah diizinkan (untuk pergi ke Mekah).
"Untuk makluman kepada rakyat Malaysia, ketika saya pergi ke Mekah pada baru-baru ini pada bulan Ramadan, jelas menunjukkan mereka mengambil prihatin yang amat mendalam sehingga mereka menggunakan aplikasi. Kalau tempat kita dinamakan MySejahtera, di sana ada Tawakkalna dan Ektamarna untuk menunjukkan bahawa mereka (individu) sudah divaksin atau tidak.
"Alangkah baiknya jika sekiranya kita juga dapat menjadikan diri kita sebahagian daripada golongan yang divaksinasi, insya-Allah," ujar beliau.
Beliau ditemui selepas menyampaikam sumbangan Muassadah 3.0 Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) di Bagan Serai, Perak pada Selasa.
Sebelum ini, Arab Saudi hanya menerima empat vaksin COVID-19 iaitu keluaran Pfizer BioNTech, AstraZeneca, Johnson & Johnson dan Moderna.
Ia sekali gus menimbulkan kegusaran dalam kalangan umat Islam, khususnya mereka yang telah menerima suntikan vaksin Sinovac.
Sambil merakamkan penghargaan dengan pengumuman itu, Zulkifli berharap umat Islam yang bakal mengerjakan umrah tahun ini agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan Malaysia dan Arab Saudi.
Menurutnya, kerajaan Malaysia akan memantau perkembangan terkini di negara itu, khususnya selepas musim haji tahun ini dan akan mengemaskini maklumat terkini dari semasa ke semasa.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Jul 13 2021
Pengumuman kerajaan Arab Saudi itu telah memberi ruang yang lebih besar kepada mereka yang mengambil vaksin. - AP
Banjir luar biasa landa Afrika Timur
Kawasan di Ethiopia, Kenya dan Tanzania yang biasanya gersang serta dilanda kemarau mengalami taburan hujan luar biasa.
Isteriku ternyata lelaki, terbongkar selepas 12 hari menikah
Adinda kini telah ditahan pihak polis selepas laporan dibuat oleh keluarga AK.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan Khalifah Jelutong malam tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin ditahan polis Virginia
Pasukan polis anti rusuhan dilaporkan menyerbu kawasan perkhemahan sekitar jam 3 petang waktu tempatan.
Mari meriahkan hari terakhir Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara
Acara penutup yang dijadual bermula 10 pagi itu diadakan serentak dengan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 Peringkat Pulau Pinang.
Seramai 150 petugas Tabung Haji sertai ziarah ke tempat bersejarah di Madinah
Seramai 150 petugas Tabung Haji (TH) bagi musim haji 1445H/2024 yang tiba di Madinah pada 2 Mei lalu, semalam dibawa melakukan aktiviti ziarah luar bagi memberi pengalaman yang akan dilalui oleh jemaa
Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak
Perbuatan suspek berusia 40-an itu terbongkar selepas mangsa yang kini berusia 20 tahun membuat laporan polis.
Mangsa banjir di Kota Tinggi kekal 300 orang
Kesemua mangsa yang terjejas merupakan penduduk dari Kampung Temenin Baru dan Kampung Desa Makmur.
AWANI Ringkas: PM ikrar noktahkan miskin tegar di Kedah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Kes denggi meningkat di Brazil, cabar rancangan vaksinasi
Brazil disahkan mencapai satu juta kes demam denggi pada tahun 2024, dengan 214 kematian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Gaza: Berpuluh ribu orang diancam penyakit
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak.
Jakarta laksana pemberian vaksin COVID-19 berbayar mulai 1 Jan
Perkhidmatan Kesihatan DKI Jakarta akan melaksanakan vaksinasi COVID-19 berbayar mulai 1 Jan 2024.
COVID-19: 'Masyarakat hanya sedar apabila ada ahli keluarga meninggal dunia'
Dr Farhan mengingatkan orang ramai agar tidak mementingkan percutian atau hadir ke majlis keramaian sekiranya mengalami simptom COVID-19.
Perhebat kembali pesanan awam, tangani maklumat salah vaksin COVID-19
Lebih tujuh bulan selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan COVID-19 bukan lagi kecemasan kesihatan awam yang menjadi kepentingan antarabangsa, walaupun kekal sebagai ancaman global, Mala
MOSTI perkukuh ekosistem vaksin negara, persediaan hadapi pandemik
Perbincangan diadakan antara lain untuk memastikan latihan berkaitan penghasilan vaksin manusia turut melibatkan pihak berkepentingan lain.
Kerajaan sasar 40,000 haiwan peliharaan di Sarawak divaksin antirabies tahun ini
Chan berkata, setakat 7 Sept lepas, sebanyak 27,668 haiwan peliharaan di negeri itu berjaya divaksin.
Suruhanjaya Eropah luluskan vaksin COVID-19 versi terkini
Suruhanjaya Eropah sudah meluluskan versi terkini vaksin COVID-19 yang dibangunkan oleh BioNTech-Pfizer.
Batuk Kokol: "Jangkitan bertoksin, boleh sebabkan antibiotik kurang berkesan" - Pakar Kesihatan Awam
Jangkitan batuk kokol berbeza dengan jangkitan lain memandangkan bakteria punca penyakit tersebut mengeluarkan toksin pada sel saluran pernafasan.