awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
Pahang tidak berkompromi pemaju gagal siap projek perumahan rakyat
Pakar cadang wujudkan Akta TVET bagi tingkat pelaksanaan NIMP 2030
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak

Firdaus Azil
Firdaus Azil
16/12/2019
08:34 MYT
Arah Azilah bunuh Altantuya, ini reaksi Najib Razak
Menurut Najib, beliau telah mengarahkan pegawainya buat laporan polis mengenai kes Altantuya ekoran tuduhan yang beliau hadapi bertahun lamanya. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Polis Diraja Malaysia (PDRM), Cif Inspektor Azilah Hadri yang mendakwa beliau membuat arahan secara terus untuk membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dalam catatan terbaharu di Facebook rasminya, Najib berkata, proses perbicaraan dari Mahkamah Tinggi hingga ke Mahkamah Persekutuan tidak mensabitkan beliau dalam jenayah itu.
Malah, Ahli Parlimen Pekan itu juga menegaskan telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan polis bagi membuktikan penglibatannya selepas sering kali dikaitkan dengan tuduhan itu sejak beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi.
“Pihak polis juga mengesahkan tiada bukti untuk kaitkan saya dengan kes tersebut. Seorang lagi pegawai polis yang dijatuhkan hukuman mati dalam kes ini pun pernah bersumpah bahawa saya tidak terlibat,” katanya lagi sambil memetik dua laporan portal Malaysiakini berhubung isu berkenaan.
BACA: Kes bunuh Altantuya: Teks penuh akuan bersumpah Azilah Hadri
Najib memberi reaksi berkenaan susulan penerbitan surat akuan sumpah oleh Azilah yang mendakwa mendapat arahan secara terus daripada bekas Presiden UMNO itu untuk membunuh Altantuya, kononnya kerana wanita itu merupakan perisik Rusia dan menyimpan banyak maklumat penting mengenai pertahanan negara.
“Tiba-tiba ada cerita perisik Rusia terkeluar pula. Dakwa saya yang arahkan pembunuhan Altantuya kerana dia perisik Rusia.
“Ada akuan bersumpah tiba-tiba keluar dari pihak polis yang telah dijatuhkan hukuman mati. Peguam bela (Datuk Hazman Ahmad) sekian lama dia juga terkejut dengan akuan bersumpah tertiba dari anak guamnya (Azilah),” soal Najib lagi.
Menurut Najib, secara logiknya, jika beliau begitu berkuasa dan kejam hingga boleh mengarahkan pembunuhan seorang wanita yang kononnya mengugut RM500,000 daripada kenalan beliau, mengapa kesemua ahli politik Pakatan Harapan (PH) baik-baik sahaja sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri antara 2008 hingga 2018.
“Tak dijelaskan juga kenapa perisik Rusia (itu) perlu ugut dibayar US$500,000,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Altantuya Shaariibuu
#Azilah Hadri
#Facebook
#jenayah
#Mongolia
#Najib Razak
#Pakatan Harapan
#PDRM
#Polis Diraja Malaysia
#Razak Baginda
#Sirul Azhar Umar
#Timbalan Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan