Arahan bekerja dari rumah diteliti semula
Astro Awani
Disember 5, 2020 10:53 MYT
Disember 5, 2020 10:53 MYT
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meneliti semula arahan bekerja dari rumah yang diumumkan sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) 22 Oktober lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia berikutan kebanyakan negeri mula menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
"Kita tidak ada bincang mengenai Work From Home. Kalau kita tengok sudah tak banyak kawasan dikenakan PKPB. Contoh, Selangor walau PKPB, namun ada daerah yang sudah terkeluar (dari) PKPB.
"Jadi, perkara ini kita bincangkan sama ada perlu atau tidak Work From Home kerana sekarang kita sudah kembali ke PKPP," katanya dalam sidang media pada Sabtu.
Tambahnya, perbincangan akan melibatkan Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) pada Isnin ini.
"Perkara ini akan dibincangkan dengan PKPA dan MITI sebab swasta di bawah MITI. Kita akan bermesyuarat pada Isnin dan akan bangkit perkara ini," ujarnya.
#ismail sabri yaakob
#MITI
#PKPP
#PKPB
#PKPA
#COVID-19
#work from home
#Bekerja Dari Rumah
#WFH
#Menteri Kanan Pertahanan
#perintah kawalan pergerakan