awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JAWI diarah siasat isu lelaki berpakaian menyerupai wanita
Jenazah ibu selamat dikebumikan, ayat Anuar Zain undang sebak
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini

Astro Awani
Astro Awani
05/12/2020
10:00 MYT
Lima tumpuan sidang media Ismail Sabri hari ini
ISMAIL: Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor diumum di bawah PKPP sehingga 20 Disember.
KUALA LUMPUR:Berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media hari ini, Sabtu, 5 Disember 2020:
1) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur dan Selangor yang dijadualkan tamat pada Ahad, dilanjutkan 14 hari lagi, sehingga 20 Disember ini.
2) Tiga daerah di Selangor iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor dan Kuala Selangor diumum Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga 20 Disember.
3) PKPB di seluruh Perak yang ditamatkan pada 6 Disember diteruskan di Kinta, Mukim Teja, Mukim Changkat Jong.
4) PKPB di seluruh Kelantan tamat pada 5 Disember kecuali Kota Bharu, Machang, Tanah Merah dan Pasir Mas. Sementara selain Seremban dan Port Dickson, PKPB di Negeri Sembilan pula ditamatkan pada 6 Disember 2020.
5) Tiada lagi sekatan rentas daerah dan negeri antara kawasan PKPB/PKPP bermula 7 Disember, yang bermakna pergerakan dibolehkan tanpa perlu kebenaran polis kecuali di kawasan PKPD, dan tiada had jumlah individu dalam kenderaan (ikut had tempat duduk kenderaan terbabit).
Topic Berkaitan
#PKPB
#PKPP
#Pasir Mas
#Kota Bharu
#Negeri Sembilan
#COVID-19
#pandemik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan