awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Kemampuan PDRM tangani ancaman keganasan diiktiraf di peringkat antarabangsa - Saifuddin
DUNIA
Ilie Bolojan dilantik Perdana Menteri Romania selepas persetujuan kerajaan gabungan
MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Arahan keluarkan nama Jho Low daripada laporan audit 1MDB datang dari Najib - Saksi

Firdaus Azil
Firdaus Azil
30/09/2021
05:47 MYT
Arahan keluarkan nama Jho Low daripada laporan audit 1MDB datang dari Najib - Saksi
Shukry berkata, Najib membuat arahan mengeluarkan maklumat itu bagi mengelakkan ia menjadi isu oleh pembangkang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Arahan untuk Jabatan Audit Negara (JAN) mengeluarkan beberapa maklumat sensitif dari laporan audit 1MDB pada 2016, termasuk nama Low Taek Jho atau Jho Low, datang dari bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Salleh ketika membacakan keterangan saksi beliau berkata, arahan itu diberikan di pejabat bekas Perdana Menteri itu pada 26 Februari, 2016.
Beliau berkata, arahan tersebut berbunyi seperti – “Shukry, cakap dekat audit supaya isu sensitif dan tidak relevan seperti Jho Low dalam 1MDB tidak dimasukkan ke dalam laporan”.
Jelas Shukry lagi, arahan membuang maklumat itu dilakukan bagi mengelakkan ia menjadi isu oleh pihak pembangkang ketika itu.
Tambahnya lagi, arahan itu kemudian dipanjangkan kepada Pengarah Audit JAN ketika itu, Saadatul Nafisah Bashir Ahmad untuk tindakan lanjut.
Terdahulu dalam keterangannya, Shukry berkata, satu mesyuarat telah diadakan di pejabat Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Tan Sri Ali Hamsa pada 24 Februari, 2016 bagi menyelaraskan beberapa perkara berkaitan laporan audit 1MDB.
Beliau berkata, dalam mesyuarat itu, Ali memaklumkan bahawa terdapat beberapa perkara berkaitan audit 1MDB yang menyebabkan Najib tidak berasa puas hati, dan perlu diselaraskan segera.
Shukry berkata, antara yang hadir dalam mesyuarat itu selain beliau, Ali, dan Saadatul Nafisah ialah, bekas Ketua Pengarah JAN Tan Sri Ambrin Buang, wakil Pembendaharaan Datuk Seri Mohamad Isa Hussain dan Datuk Asri Hamidon @ Hamidin, dan wakil Pejabat Peguam Negara Datuk Dzulkifli Ahmad.
Najib, 68, yang juga merupakan Ahli Parlimen Pekan, menghadapi pertuduhan menyalah guna kedudukannya untuk mengarahkan pindaan terhadap laporan akhir audit 1MDB, sebelum ia dibentangkan kepada Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).
Mengikut kertas pertuduhan, beliau didakwa membuat perbuatan demikian bagi mengelakkan sebarang tindakan dikenakan terhadapnya.
Sementara itu, bekas Presiden dan Ketua Kumpulan Eksekutif 1MDB Arul Kanda, 44, didakwa bersubahat dengan Najib untuk melakukan perbuatan tersebut.
Kedua-dua mereka dituduh di bawah Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, yang memperuntukkan tempoh penjara sehingga 20 tahun, denda tidak kurang dari nilai lima kali ganda rasuah, atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Arul Kanda
#laporan audit 1mdb
#Shukry Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami