Arahan berulang kali 'Yang Berhormat (YB) 'sit down' (duduk) daripada Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Othman Said, menghangatkan sesi perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Arahan dikeluarkan Azalina, apabila RSN Rayer (PH-Jelutong) yang tidak diberi laluan oleh Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) yang ketika itu membahaskan usul berkenaan, terus berdiri untuk mencelah perbahasan dan menggunakan peraturan mesyuarat, untuk mendapatkan laluan.
Rayer bangun apabila Mohd Salim mendakwa Pakatan Harapan mengkhianati kepercayaan yang diberikan rakyat, seperti menjual aset-aset negara, dan beliau meminta Mohd Salim menjelaskan mengenai dakwaan itu.
Kekecohan reda seketika namun Rayer bangun semula, selepas Azalina mengarahkan Mohd Salim untuk menyambung perbahasan, dengan memberi kebebasan kepada Mohd Salim sama ada ingin menjawabnya atau tidak.
Mohd Salim meneruskan ucapannya tanpa menjawab dan Rayer kembali mencelah: "Kalau tak berani jawab jangan buat tuduhan".
Tindakan Rayer itu sekali lagi menguji kesabaran Azalina, sehingga beliau memberi amaran untuk memanggil bentara Parlimen untuk mengiringi Rayer keluar dewan.
"YB, sama ada anda duduk, atau saya akan arahkan bentara untuk minta anda keluar," katanya tetapi tidak diendahkan Rayer menyebabkan berlaku pertikaman lidah dengan Azalina.
Situasi itu berlarutan kira-kira lima minit sehingga memaksa Azalina melakukan 'kiraan' agar Rayer mematuhi arahan untuk duduk dan berhenti mencelah.
"YB, Saya akan mulakan kiraan ...5,4,3,2,1, duduk. Duduk dan jangan mempersoalkan saya... kenapa tidak boleh duduk sahaja.. boleh tak duduk," tegas Azalina.
Rayer terus enggan duduk, malah berulang kali mahukan penjelasan mengapa Azalina seakan memarahi beliau.
"Memanglaa saya marah, kerana saya seorang manusia. Duduk, berikan Jempol bercakap, kerana masa semakin singkat. Saya tidak akan berhentikan masa. Tak pe YB, duduklah," kata Azalina.
Rayer akhirnya patuh dan duduk.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 27 2020
Kekecohan reda seketika namun Rayer bangun semula, selepas Azalina mengarahkan Mohd Salim untuk menyambung perbahasan. - Gambar fail
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Dewan Rakyat lulus pindaan Kanun Keseksaan tangani buli siber
Rang undang-undang yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said itu diluluskan dengan lebih suara bersetuju.
Kerajaan tingkat akses keadilan, biaya khidmat guaman untuk yang layak - Azalina
Kerajaan terus mengambil langkah meningkatkan akses kepada keadilan dengan membiayai khidmat guaman untuk individu yang layak.
Batu Puteh: PM anggap satu pengkhianatan, laporan RCI dibahas di Parlimen minggu depan - Fahmi
Dewan Rakyat akan membahas laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dalam sidang yang berlangsung minggu depan.
Laporan RCI Batu Puteh dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Johari
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengesahkan laporan RCI Batu Puteh akan dibentang di sidang Dewan Rakyat minggu depan.
Penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang perlu penelitian mendalam - Azalina
Cadangan penubuhan Suruhanjaya Perundangan dan Undang-Undang memerlukan pertimbangan serta penelitian lebih mendalam.
Waktu bekerja empat hari setengah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri - Azalina
Cadangan Johor untuk memperkenalkan waktu bekerja empat hari setengah seminggu adalah tertakluk kepada justifikasi kerajaan negeri.
Pemberi maklumat yang mahu perlindungan perlu buat laporan dulu - Azalina
Mana-mana individu yang ingin mendapatkan pelindungan di bawah Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 perlu membuat laporan kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab terlebih dahulu.
Dakwaan kumpulan Sulu bebas ambil tindakan terhadap Sabah tidak masuk akal - Azalina
Tuntutan Kumpulan Sulu yang mendakwa mereka bebas untuk mengambil tindakan terhadap Sabah, disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Takiyuddin tuntut Azalina perjelas berkaitan Lembaga Pengampunan
Takiyuddin menuntut Azalina membuat penjelasan di Dewan Rakyat berhubung kenyataan mengelirukan mengenai sekretariat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan
Tuntutan Sulu: Mahkamah Agung Perancis umum keputusan bermakna buat kedaulatan Malaysia - Azalina
Mahkamah Agung Perancis hari ini menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan oleh kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.