awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arahan tutup kedai makan waktu terawih, lihat secara positif - Mohd Amar

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
08/05/2019
08:11 MYT
Arahan tutup kedai makan waktu terawih, lihat secara positif - Mohd Amar
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, surat arahan itu baru di peringkat pentadbiran yang masih memerlukan kajian untuk dikuatkuasakan. - Gambar fail
Kerajaan negeri Kelantan meminta rakyat dan peniaga kedai makan supaya mengambil positif arahan yang meminta peniaga menutup sementara bermula pukul 8.30 hingga 10 malam sepanjang bulan Ramadan iaitu sepanjang solat terawih berlangsung.
Bagaimanapun Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata surat arahan itu baru di peringkat pentadbiran yang masih memerlukan kajian untuk dikuatkuasakan.
Beliau mengesahkan surat bertarikh 6 Mei lepas dengan tajuk ‘Arahan menutup/menghentikan sementara operasi kedai makan restoran pada jam 8.30-10.00 malam sepanjang Ramadhan’ dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Kelantan.
“Arahan itu keluar, tidak perlu undur, lihat positif bukan semua bincang dalam Exco, arahan pentadbiran cukup di pejabat sahaja, baru keluar ke PBT. Belum sampai ke peniaga lagi, PBT pun belum keluar arahan lagi setakat ini macam biasa,” kata Mohd Amar di sini hari ini.
BACA: Peniaga mahu arahan tutup kedai ketika terawih diteliti semula
Mohd Amar bagaimana pun tidak menjelaskan secara tepat sama ada arahan tersebut akan diguna pakai atau sebaliknya selepas mendapat reaksi negatif dari peniaga dan orang ramai.
“Cuma kita harap semua pihak lihat positif arahan ini dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri baru di situ tak sampai PBT, tidak sampai lagi arahan ke peniaga. Kita (ambil) sudut positif, tidak perlu jadi isu sensasi dan polemik,” katanya lagi.
Mohd Amar berkata kerajaan negeri bagaimana pun terbuka dan mendengar pandangan yang dikemukakan oleh peniaga dan juga orang ramai.
Topic Berkaitan
#Menteri Besar
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Ramadan
#solat terawih
#tutup kedai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan