ARD Technology Corporation Sdn Bhd, sebuah syarikat pembinaan, pada Sabtu telah memperkenalkan bot udara (Airboat) yang boleh digunakan sebagai sebahagian daripada aset dalam operasi menyelamat semasa musim banjir.
Pengurus Kanannya Datuk Mohamed Saffian Omar berkata, Airboat yang dikeluarkan Valey Group berpangkalan di Australia itu, berkeupayaan merentasi kawasan paya, berlumpur dan melalui kawasan air pada paras rendah serta mampu untuk membawa muatan barangan seberat satu tan.
"Bot ini yang tiada enjin di bahagian bawah dan menggunakan enjin V8 dengan 450 kuasa kuda tanpa sistem elektronik, dilihat lebih praktikal kerana rekaannya dan ia juga boleh meredah kawasan berair serendah setengah meter dan melalui kawasan yang berdahan.
"Kita tahu kalau musim banjir adakalanya kita kena melalui kawasan yang airnya tinggi dan rendah, adakalanya melalui kawasan perkampungan kerana itu ia direka dengan rekaan yang lebih fleksibel dan tidak mudah terbalik sekaligus mengurangkan risiko bot tersangkut dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata demikian selepas demonstrasi penggunaan Airboat kepada wakil Kementerian Pertahanan di Tasik Biru Kundang dekat sini.
Mohamed Saffian berkata bot yang mempunyai kelajuan maksimum 75km-sejam, mampu membawa 10 hingga 12 orang termasuk dua orang pemandu dalam satu masa selain kerusinya boleh ditanggalkan sekiranya perlu membawa muatan.
"Bot ini juga boleh beroperasi di kawasan daratan mengikut keperluan memandangkan reka bentuknya yang leper pada permukaan yang dilapisi Teflon yang tahan manakala di bahagian badan bot terdapat tiga lapisan yang direka khas agar ia tidak mudah koyak," katanya.
Katanya teknologi serta reka bentuk bot berkenaan telah digunakan di Australia sejak 24 tahun yang lalu dan ia bukan sahaja dijadikan sebagai aset dalam operasi menyelamat tetapi juga digunakan untuk tujuan pelancongan.
Mohamed Saffian berkata bot berkenaan juga pernah dipandu uji di Sungai Temerloh bersama wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.
Bernama
Sun Jan 18 2015
Sebuah Airboat yang membawa lapan penumpang sedang menyusuri tasik di kawasan secetek 0.5 meter serta melepasi dahan pokok yang tumbang di permukaan air ketika melakukan demonstrasi di Tasik Biru Kundang - Fotobernama
AWANI Borneo [12/12/2024] – Dua sahabat dihanyut arus | Kerajaan perhalusi implikasi | Kapasiti 199 megawatt
AWANI Borneo Khamis, 12 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras selepas memancing.
Perbincangan pengagihan gas Petronas-Petros selesai - PM.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida.
TAGS laksana 25 pendengaran kes seluruh negara sejak Mac
Nancy turut menasihatkan mangsa keganasan dan gangguan seksual sama ada wanita mahupun lelaki agar tidak takut dan tampil untuk memfailkan aduan kepada TAGS.
'Control macho' punca mangsa lelaki enggan buat laporan polis
Datuk Seri Nancy Shukri berkata, berdasarkan rekod kementeriannya, lebih 1,000 aduan diterima daripada mangsa lelaki, namun rekod polis menunjukkan hanya kira-kira 100 daripadanya aduan dibuat mangsa.
Rizab tenaga Sarawak 53 peratus, Sabah 6.1 peratus
Kerajaan komited untuk memastikan bekalan tenaga negara mencukupi, berpandukan tiga prinsip utama iaitu keterjaminan bekalan tenaga, kelestarian dan kemampanan bekalan
Bantuan disalur menerusi Sarawak Pay, bukan tunai
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) akan disalurkan melalui akaun Sarawak Pay sebagai langkah membantu golongan sasaran mendapatkan keperluan asas dengan lebih berkesan.
Projek LSS untuk jana 199MW dianugerahkan kepada 15 pembida
Majlis Tenaga Sabah (MTS) pada Khamis meluluskan penganugerahan projek solar berskala besar (LSS) kepada 15 pembida dengan jumlah kapasiti 199 megawatt di bawah proses pembidaan LSS Sabah 2024 dikendalikan suruhanjaya Tenaga Sabah
Pengagihan gas PETRONAS- Petros selesai - PM
Perbincangan mengenai pengagihan gas di Sarawak antara Petroliam Nasional Bhd (PETRONAS) dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) telah selesai, dan pada masa ini kerajaan sedang memperhalusi butiran, parameter dan implikasi daripada langkah berkenaan.
Dua sahabat lemas dihanyut arus deras ketika mandi
Mayat dua sahabat yang dihanyut arus deras ketika mandi selepas memancing di Pantai Lutong pada Khamis ditemui beberapa jam selepas mereka dilaporkan hilang.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air
RUU Industri Perkhidmatan Air (Pindaan) 2024 diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas sesi penggulungan perbahasan peringkat dasar serta jawatankuasa.
Sultan Johor tegur sungai dicemari sampah
Sultan Ibrahim terdahulu berkenan membuat tinjauan dengan mengemudi sendiri 'Airboat' baginda hampir sejam bermula 9 pagi tadi dengan menyusuri sungai berkenaan.
ARD Technology perkenalkan 'Airboat' untuk kegunaan semasa banjir
Airboat berupaya merentasi kawasan paya, berlumpur dan melalui kawasan air pada paras rendah serta mampu untuk membawa muatan barangan seberat satu tan.