awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arkitek utama Masjid Negara meninggal dunia pada usia 95 tahun

Sinar Harian
Sinar Harian
27/08/2024
08:30 MYT
Arkitek utama Masjid Negara meninggal dunia pada usia 95 tahun
Berita duka pemergian Allahyarham dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum. - Gambar fail
SHAH ALAM: Arkitek utama Masjid Negara, Datuk Baharuddin Abu Kassim telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun, hari ini.
Berita duka pemergian Allahyarham itu dikongsikan oleh bekas Presiden Pertubuhan Arkitek Malaysia, Profesor Sarly Adre Sarkum menerusi laman media sosial, Facebook.
"Kita kehilangan seorang tokoh yang disegani dalam komuniti seni bina, Datuk Baharuddin Abu Kassim.
“Beliau seorang arkitek negara dan tokoh yang sumbangannya membentuk struktur alam bina kita," katanya pada Selasa.
Menurut Sarly, visi dan dedikasi beliau antaranya diterjemahkan melalui reka bentuk Masjid Negara dan akan sentiasa memberi inspirasi kepada generasi arkitek dan rakyat Malaysia.
Dalam pada itu, beliau turut berdoa agar ALLAH SWT menempatkan Allahyarham di syurga tertinggi dan memberi kesabaran serta kekuatan kepada keluarganya untuk menempuhi kehilangan berkenaan.
Pembinaan Masjid Negara bermula pada tahun 1963 dilaksanakan oleh tiga arkitek daripada Bahagian Rekabentuk dan Penyelidikan, Jabatan Kerja Raya Persekutuan.
Rumah ibadat umat Islam itu dibina atas tanah yang berkeluasan 5.2 hektar dan mengambil masa tiga tahun untuk disiapkan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#arkitek utama Masjid Negara
#Baharuddin Abu Kassim
#meninggal dunia
#Pertubuhan Arkitek Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan