awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar

Faida Rahim
Faida Rahim
29/03/2023
12:36 MYT
Armada kecam tindakan laman FB Kelab Peminat Kartunis Zunar
Armada juga akan membuat laporan polis bagi menuntut permohonan maaf daripada pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club kepada umat Islam di seluruh Malaysia. - Gambar Armada
KUALA LUMPUR: Armada Bersatu (Armada) mengecam tindakan pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club yang dilaporkan mencemar kesyumulan Islam apabila mengaitkan gambar Kaabah dalam bentuk karikatur serta menyindir Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Penerangannya, Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir berkata, tindakan pemilik laman itu keterlaluan kerana mempersendakan agama.
“Sebegitu ‘koyak’ pentaksub Pakatan Harapan (PH) kerana tidak dapat memukul canang ketua mereka memasuki Kaabah sehingga tindakan penyokong PH ini sanggup merempuh garis pemisah yang tidak sepatutnya dilanggar dan dilakukan apabila melukis gambar Kaabah dengan mengaitkan isu pendakwaan politik yang dipalitkan ke atas Muhyiddin.
“Lebih hina, bukan sahaja mempersendakan Kaabah untuk menaja fitnah, malah gambaran dari karikatur laman FB Zunar Cartoonist Fan Club kononnya Muhyiddin melakukan rasuah ‘peribadi’ adalah suatu ‘falasi’ dan fitnah besar untuk dikaitkan dengan Kaabah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohd Ashraf turut menggesa Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bertindak tegas dalam menangani isu berkenaan.
Jelasnya, Armada juga akan membuat laporan polis bagi menuntut permohonan maaf daripada pemilik laman Facebook Zunar Cartoonist Fan Club kepada umat Islam di seluruh Malaysia.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Pakatan Harapan
#Polis Diraja Malaysia
#ARMADA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan