KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Arman Azha Abu Hanifah mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, di sini hari ini.
Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkuat kuasa hari ini hingga 25 Okt 2024.
Upacara berlangsung di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Arman Azha, 46, berkelulusan Sarjana Sains Politik dari Geomatika University College, Kuala Lumpur merupakan Pengarah Asia Coding Centre Sdn Bhd.
Pada sidang media selepas majlis itu, Arman Azha menyifatkan pelantikannya itu sebagai satu peluang dan ruang untuk pemimpin muda menjadi sebahagian daripada pembahas dasar-dasar negara.
Menurut Arman Azha, beliau mempunyai tiga agenda iaitu memperjuangkan kepentingan masyarakat daripada segi ekonomi, pendidikan dan kesejahteraan rakyat dalam bandar.
"Saya merupakan seorang daripada pemimpin muda dari bandar, tujuan dan perjuangan saya sudah pasti untuk memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat khususnya dalam bandar...dalam bandar perjuangan rakyat amat berbeza berbanding perjuangan di luar bandar," katanya.
Terdahulu, Rais ketika berucap berharap Arman Azha dapat menggalas tanggungjawab itu dengan sebaik mungkin dan menunaikan segala sumpah yang dilafazkan dengan penuh amanah.
"Sementara kita berada di luar sana, harus kita lihat semula apakah erti sumpah itu. Pada hemat saya, dari segi Perlembagaan dan undang-undang negara, sumpah itulah yang menjadi jendela kepada rule of law atau kesungguhan dan martabat undang-undang yang tertinggi.
"Selaku Ahli Dewan Negara yang paling bongsu, sukalah saya memperingatkan bahawa tatakelakuan, tutur kata dan penglibatan aktif kita semua di Dewan ini mahupun di luar sana sedang dinilai dan diperhati oleh masyarakat," katanya.
Sementara itu, Rais berkata Dewan Negara sedang menyusun senarai tugas yang dipikul senator untuk diteliti dan dijadikan bahan rasmi dalam proses menentukan peranan serta tanggungjawab sebagai Ahli Senat.
"Rakyat akan menghakimi kita semua dan Dewan Negara jika kita gagal melaksanakan peranan sebagaimana sepatutnya, justeru pakarilah (menjadi pakar) setiap bidang sesuai dengan pelantikan Yang Berhormat sebagaimana dinyatakan dalam Perkara 45 Perlembagaan Persekutuan (Keanggotaan Dewan Negara)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 26 2021
Arman Azha mengangkat sumpah sebagai senator di hadapan Rais di Dewan Negara, di sini hari ini. --fotoBERNAMA
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
PRU15: UMNO tanding solo, tapi terbuka untuk berunding bentuk kerajaan - Arman
Arman berkata UMNO membuka pintu rundingan kepada mana-mana pihak tidak kira siapa untuk membentuk kerajaan yang sah.
Arman Azha angkat sumpah senator hari ini
Beliau adalah lantikan baharu yang diperkenankan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa hari ini hingga 25 Okt 2024.