Keadaan Arshad Imanshah Antashah (16 bulan) yang muntah darah dan mengalami pendarahan hidung pada Rabu memaksa bapanya Antashah Mohd Nor merayu kepada orang ramai membantu mencukupkan dana perubatan agar anaknya segera menjalani pembedahan pemindahan hati di Hospital Universiti Singapura (HUS).
Penyakit Atresia Biliari (hati) yang dideritai Arshad sejak lahir ibarat 'bom jangka' yang boleh membawa maut pada bila-bila masa.
Keluarga anak kecil ini hanya dapat berharap agar bantuan kewangan serta doa rakyat negara ini dapat menghentikan penderitaannya.
Antashah, ketika menghubungi Astro AWANI, berkata pemeriksaan doktor mendapati punca pendarahan adalah disebabkan saluran darah yang pecah.
"Secara amnya, muntah darah menandakan ada salur darah yang pecah dan apa yang akan dilakukan doktor adalah memasukkan kamera dan melihat saluran darah yang pecah kemudian mengikatnya untuk mengurangkan pendarahan.
"Risikonya sangat tinggi. Penyelesaian terbaik adalah menghantar Arshad ke Singapura dan membuat pembedahan. Fungsi hati Arshad semakin lama semakin merosot," jelasnya sayu.
Antashah yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sedar risiko pembedahan itu selain berdoa, berharap dan berusaha agar dana pembedahan itu mencukupi sebelum segala-galanya 'terlambat'.
Antashah sebelum ini mengambil inisiatif sendiri dengan mewujudkan satu ruangan khas di Facebook (FB) yang diberi nama ‘Donate and Save Arshad Imanshah’ bertujuan mengumpul dana bagi pembedahan pemindahan hati berkenaan.
Ia turut dikongsi orang ramai di beberapa laman sosial lain seperti di Instagram dan Twitter.
Bagaimanapun, pada Hari Raya Aidil Fitri baru-baru ini, Arshad menunjukkan sedikit perkembangan positif dan bertatih bersama ibu dan 'daddy' di rumah.
Jelas Antashah, dia berharap agar dana perubatan sebanyak RM320,000 dapat dicapai sasaran dalam masa 24 jam.
"Tolonglah, kongsikan rayuan saya supaya tabung ini cukup untuk biayai pembedahan Arshad. Jika cukup, saya akan bawa Arshad ke Singapura esok dan buat yang terbaik untuknya.
"Saya benar-benar mengharap dan terus berharap Arshad dapat menjalani pembedahan hati. Tolong doakan yang terbaik untuk Arshad," ujarnya.
Wan Syamsul Amly
Thu Aug 14 2014
Arshad makin kritikal, perlu cukupkan RM500,000 untuk pembedahan - Gambar Fail Astro AWANI
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Lelaki direman bantu siasatan penemuan mayat wanita
Polis Kuching menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang wanita di dalam sebuah kereta di Jalan Tabuan Jaya, Kuching pada Sabtu malam
10 pemain berlatih di Akademi Badminton Malaysia
Selepas hampir tujuh bulan berlangsung, akhirnya Astro Kem Badminton sudah sampai ke Grand Finale.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei naib juara, bawa pulang habuan RM445,089
Jaguh beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hampir melakar sejarah untuk bergelar juara namun ditewaskan oleh pilihan kelapan kejohanan, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong dalam aksi akhir Badminton Final Jelajah Dunia BWF di Hangzhou pada Ahad.
Kejadian berlaku berhampiran Tol Wangsa Maju
Sebuah kereta mewah hangus dalam kebakaran di Lebuhraya SPE, sebelum Hentian Tol Wangsa Maju, Kuala Lumpur.
UMNO tidak terima atau benarkan ahli parti
UMNO tegaskan tidak menerima atau membenarkan mana-mana ahli parti melakukan tindakan lompat parti, termasuk dalam Kerajaan Perpaduan.
Guna saluran dalaman, jangan sampai berantakan
Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan ahli parti supaya tidak menggunakan media sosial untuk meluahkan rasa tidak puas hati.
Langkawi Ferry Line Ventures batalkan kenaikan kadar tambang
Langkawi Ferry Line Ventures Sdn Bhd mengumumkan pembatalan kenaikan kadar tambang feri Langkawi ke Kuala Kedah dan Kuala Perlis bagi warganegara Malaysia yang diumumkan sebelum ini.
Polis buka siasatan dalaman terhadap anggota disyaki tunjuk isyarat lucah
Polis menjalankan siasatan dalaman terhadap seorang anggotanya yang didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada seorang wanita dalam satu protes di ibu negara, Jumaat lepas.
Penjual teh dari Pakistan kini peragawan tempias populariti media sosial
Seorang penjual teh dari Pakistan dilimpahi rezeki mengejut selepas sekeping gambar beliau viral di media sosial.
Tunggu keputusan MRI, semoga Arshad dapat segera ke Singapura - Antashah
Arshad dimasukkan dimasukkan ke hospital untuk menjalani pemeriksaan imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI) pada Ahad.
"Bertatih di pagi Syawal, kami mahu Arshad sihat semula"
Saat paling manis kepada 'daddy' dan ibu Arshad Imanshah Antashah yang mengidap sakit Atresia Biliari (hati) sejak dilahirkan adalah berpegangan tangan dan bertatih bersama pada pagi Syawal.
"Kami mahu sambut Aidilfitri bersama Arshad..."
"Hati Arshad sudah tidak mampu untuk terima bius...kesan bius itu boleh menyebabkan komplikasi yang berisiko tinggi untuk hati dia."