awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPM jumpa wakil sekolah antarabangsa, Dong Zong bincang subjek BM, Sejarah
SPRM buka kertas siasatan kes salah guna kuasa beli tanah guna wang zakat
NGO Pro Palestin kecam intimidasi AS, sokong Republik Islam Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ART Malaysia-AS: Kritikan tidak berasas, pembohongan, bermotifkan politik - Anwar

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
31/10/2025
13:56 MYT
ART Malaysia-AS: Kritikan tidak berasas, pembohongan, bermotifkan politik - Anwar
Anwar menegaskan perjanjian itu dimeterai atas kepentingan pelaburan dan perdagangan negara, bukan tunduk kepada mana-mana kuasa besar. - Bernama
GYEONGJU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi membidas dakwaan kononnya Malaysia menyerahkan kedaulatan kepada Amerika Syarikat (AS) susulan meratifikasi Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).
Selain menyifatkan kritikan itu tidak berasas, satu pembohongan dan bersifat politik semata-mata, Anwar menegaskan bahawa perjanjian tersebut dimeterai atas kepentingan pelaburan dan perdagangan negara dan bukan kerana tunduk kepada mana-mana kuasa besar.
“Kalau betul kita hanya bagi monopoli sepenuhnya kepada Amerika Syarikat, bagaimana boleh kita tandatangani FTA (perjanjian perdagangan bebas) dengan negara China? Dan bagaimana hari ini kita boleh bincang dengan JS Link, dengan Lynas, isu nadir bumi oleh syarikat Korea Selatan?
“Saya fikir teras kerja kita adalah untuk memastikan Malaysia berjaya. Kita memerlukan pelaburan, kita memerlukan teknologi tinggi, kita memerlukan AI. Tidak kira sama ada dengan firma Amerika atau firma China atau firma Korea — kita perlu bersedia dan memastikan generasi muda kita mendapat manfaat daripadanya dan kita mempunyai kapasiti untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang sangat berjaya,” ujar beliau.
Anwar berkata demikian ketika ditemui pemberita Malaysia selepas selasai hari pertama Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) di Gyeongju, Korea Selatan pada Jumaat.
Beliau menjelaskan bahawa ART mengandungi klausa keselamatan dan kepentingan nasional yang membolehkan Malaysia membuat keputusan berdasarkan undang-undang dan kepentingan sendiri.
“Perjanjian-perjanjian ini bukan satu-satu di dunia. Semua negara ada rundingan dan ada ‘give and take’. Tapi kita jaga maruah kita,” katanya.
Anwar menjawab isu itu sebagai reaksi balas kepada soalan media susulan kritikan yang dibuat dua bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dr Mahathir menyifatkan ART Malaysia-AS itu sebagai satu penyerahan kebebasan ekonomi yang dibina dan telah pertahankan dengan susah payah.
Manakala Muhyiddin pula mendakwa perjanjian itu mengandungi pelbagai peruntukan jerangkap samar atau bom jangka yang memudaratkan Malaysia di masa akan datang.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#kedaulatan negara
#Amerika Syarikat
#art
#perjanjian timbal balas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan