awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Raja Permaisuri Agong kurnia penghargaan kepada 28 pelajar cemerlang bahasa Inggeris
Polis tahan penganggur disyaki pukul, cabul kanak-kanak perempuan
20 tentera upahan maut, 11 ditahan ketika serang lapangan terbang Niamey, Niger
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SPRM buka kertas siasatan kes salah guna kuasa beli tanah guna wang zakat

Bernama
Bernama
30/01/2026
10:32 MYT
SPRM buka kertas siasatan kes salah guna kuasa beli tanah guna wang zakat
Kertas siasatan itu dibuka susulan pendedahan dibuat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung tahun lalu. - Gambar hiasan
GEORGE TOWN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang membuka kertas siasatan berhubung dakwaan salah guna kuasa melibatkan seorang pegawai kanan kerajaan negeri berkaitan urusan pembelian tanah menggunakan dana zakat.
Menurut sumber, kertas siasatan itu dibuka susulan pendedahan dibuat seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) hujung tahun lalu.
"Pasukan siasatan telah hadir ke beberapa pejabat yang disyaki terbabit bagi mendapatkan dokumen berkaitan dan kesemua bahan itu kini dalam proses penelitian.
"Selain itu, SPRM turut merakamkan percakapan dua individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes ini," katanya hari ini.
Sementara itu, Pengarah SPRM Pulau Pinang Datuk Karunanithy Y. Subbiah ketika dihubungi mengesahkan siasatan berkenaan dan memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Beliau berkata pihaknya telah merakamkan percakapan dua individu selain mengunjungi beberapa pejabat agensi terbabit semalam dan hari ini bagi mendapatkan dokumen bagi membantu siasatan.
Dalam perkembangan berkaitan, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid ketika dihubungi berkata MAINPP dan Zakat MAINPP memberikan kerjasama penuh kepada SPRM.
"MAINPP dan Zakat MAINPP memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan yang dijalankan oleh SPRM dan semua maklumat yang diperlukan telah disalurkan," katanya yang juga Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#SPRM Pulau Pinang
#buka kertas siasatan
#penyalahgunaan kuasa
#pembelian tanah
#wang zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan