ART Malaysia-AS: Lindung kedaulatan, kepentingan negara sejak awal rundingan - Tengku Zafrul

Tengku Zafrul bercakap pada sidang media mengakhiri lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 di sini, hari ini.. - Foto Bernama
GYEONGJU: Usaha melindungi kedaulatan dan kepentingan negara dalam Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat telah dilaksanakan secara menyeluruh sejak peringkat awal rundingan.
Ringkasan AI
- Tengku Zafrul menegaskan rundingan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) Malaysia-AS dilakukan secara menyeluruh dengan melibatkan pelbagai agensi bagi melindungi kedaulatan negara dan hak Bumiputera.
- Kerajaan tidak berkompromi terhadap isu kritikal, namun bersedia berunding secara konstruktif untuk isu lain; sesi libat urus akan dipertingkat bagi jelaskan fakta sebenar kepada masyarakat.
- Rundingan dikendalikan oleh pasukan berpengalaman, dengan Malaysia telah memuktamadkan 19 FTA setakat ini, menepis dakwaan pembangkang bahawa kepentingan negara digadai.
“Kita telah melihat semua risiko dan semua aspek dan memastikan bahawa ini adalah perjanjian terbaik untuk Malaysia. Dalam mana-mana rundingan, ia tidak boleh satu hala – ada yang kita beri, ada yang kita ambil,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media mengakhiri lawatan kerja tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena Mesyuarat Pemimpin-Pemimpin Ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) 2025 di sini, hari ini.
Tengku Zafrul turut menjelaskan bahawa terdapat isu tertentu yang tidak boleh digerakkan dan kerajaan tidak akan berkompromi mengenainya.
Namun, bagi isu yang boleh dirundingkan, Malaysia bersedia untuk meneruskan rundingan secara konstruktif.
Mengulas lanjut, beliau berkata kerajaan sentiasa terbuka menerima pandangan dan kritikan berhubung perjanjian tersebut, namun ia perlu berasaskan fakta dan bukan bermotifkan serangan politik.
Katanya, kementerian akan melaksanakan lebih banyak sesi libat urus bagi meningkatkan pemahaman masyarakat terhadap perjanjian berkenaan.
Minggu ini, Tengku Zafrul dan Perdana Menteri telah membangkitkan perkara itu di Parlimen secara berasingan, dengan menegaskan bahawa kedaulatan negara serta dasar domestik termasuk hak Bumiputera kekal dilindungi sepenuhnya.
Bagaimanapun, beberapa individu blok pembangkang terus mempersoalkan beberapa klausa dalam perjanjian tersebut dan menuduh Putrajaya menggadai kepentingan negara dalam rundingan dengan Washington.
Tengku Zafrul turut menambah bahawa rundingan perjanjian itu dikendalikan oleh pasukan yang berpengalaman, dengan Malaysia kini telah memuktamadkan 19 Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) setakat ini.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


