awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Arul, sendiri cakap sendiri tanggunglah - peguam

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
20/02/2015
05:26 MYT
Arul, sendiri cakap sendiri tanggunglah - peguam
KHAIRUL AZAM: Arul, sendiri cakap, sendiri tanggunglah - Gambar fail
Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan diminta bertanggungjawab di atas setiap kenyataan politik yang diluahkan mengenai sistem perundangan negara.
Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata, Arul perlu memberi polis hak untuk menyiasat sama ada kenyataannya berkecenderungan menghasut atau sebaliknya.
"Tiada sebarang pendakwaan dibuat setakat ini, jadi tiada apa-apa yang boleh digugurkan.
"Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar suruh kes ini disiasat dan bukan didakwa lagi, jadi apa yang Arul takutkan?" katanya kepada Astro AWANI di sini hari ini.
Khairul Azam mengulas penahanan Arul yang disifatkan Ahli Majlis Tertinggi PSM, Dr Jeyakumar Devaraj tidak sah dan menyalahgunakan Akta Hasutan 1948 yang dicipta untuk menghalang kebebasan berucap dan memberi pendapat.
Dr Jeyakumar turut menggesa polis membebaskan Arul selain dianggap menggunakan kuasa mereka untuk menghalang sebarang kritikan rakyat kepada pentadbiran Barisan Nasional (BN).
Pada Khamis, Arul ditahan polis dan dibawa ke Balai Dang Wangi atas dakwaan menghasut kerana mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan kes liwat dan hukuman penjara ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Dalam pada itu kata Khairul Azam, walaupun setiap individu dilihat mempunyai hak bersuara, Arul perlu bertanggungjawab di atas kenyataannya yang mungkin membawa implikasi terhadap keharmonian negara.
"Saya berpandangan walaupun negara ini tidak menyekat kebebasan mutlak individu namun Arul perlu akur dengan undang-undang yang termaktub dan dia sendiri perlu berfikir terhadap setiap patah perkataan yang mahu dikeluarkan," jelasnya.
Pada petang Jumaat, reman ditolak dan Arul akan dibebaskan sebelum pukul 7 petang.
Topic Berkaitan
#akta hasutan
#arul
#Khalid Abu Bakar
#KPN
#menghasut
#peguam
#polis
#PSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan