PASIR GUDANG: Suasana pilu menyelubungi upacara pengebumian dua jenazah mangsa lemas dalam tragedi Sungai Masai di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang, Kampung Cahya Baru di sini pada Selasa.
Lebih 200 ahli keluarga, saudara-mara dan rakan selain Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Che Zakaria Mohd Salleh serta beberapa wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kebajikan Xindai hadir.
Jenazah Sharif Mohd Sharizan Sabri, 11, tiba dahulu dan dikebumikan pada jam 10.45 pagi manakala jenazah Mohd Ahlan Kiram, 14, pula dikebumikan bersebelahan Sharif kira-kira satu jam selepas itu.
Dalam kejadian pada jam 6.30 petang Ahad, Sharif dan enam rakannya bermain di tepi Sungai Masai berdekatan Taman Masai Utama sebelum seliparnya dikatakan terjatuh dalam air lalu cuba mengambilnya.
Arwah Sharif terkapai-kapai dan Mohd Ahlan, yang melihat kejadian itu cuba membantu tetapi tidak berjaya lalu kedua-duanya lemas sebelum rakan mangsa kemudian meminta bantuan penduduk kampung.
Sementara itu, bapa Sharif, Sabri kadir, 48, reda dengan pemergian anak ketiga daripada lima beradik itu dan menyifatkan mangsa sebagai anak paling manja dalam keluarganya.
Menurutnya yang berniaga nasi lemak bersama-sama isteri, Nurin Sariman, 52, dengan membuka warung di taman itu, sebelum kejadian tersebut arwah berubah perwatakan dengan menjadi pendiam.
"Biasanya apabila saya bercakap dia akan memandang wajah saya tapi sejak tiga empat hari lalu, dia hanya tunduk apabila saya bercakap dengan dia. Arwah Sharif jadi pendiam dan tidak banyak bercakap," katanya ditemui di tanah perkuburan itu.
Dia berkata, anaknya itu jarang pergi ke kawasan sungai tersebut sebelum ini dan semasa kejadian mangsa bermain bersama-sama rakannya yang duduk satu taman dengannya.
"Saya mendengar cerita sahaja dia cuba mengambil selipar yang terjatuh tetapi saya tidak pasti apa yang berlaku sebenarnya," katanya.
Sementara itu, abang kepada Mohd Ahlan iaitu Mohd Syahlan, 19, berkata, berdasarkan cerita rakan mangsa yang terlibat, adiknya cuba membantu menyelamatkan Sharif tetapi tidak menyangka dasar sungai itu dalam.
"Menurut cerita, adik saya sangka kawasan itu cetek tetapi apabila pergi membantu Sharif, kawasan itu dalam sebenarnya dan dia yang tidak tahu berenang turut lemas," katanya yang bekerja di kilang di sini.
Sementara itu, wakil Persatuan Kebajikan Xindai, Ungku Ibrahim Ismail Ungku Muhamad Yunos berkata, pihaknya menghulurkan bantuan RM500 kepada setiap keluarga bagi membantu meringankan beban mereka.
"Kita akan beri bantuan susulan terutama kepada keluarga Sabri kerana dia hanya berniaga nasi lemak dan menyewa sebuah bilik dan bukan sebuah rumah di taman itu disebabkan tidak mampu selain sudah berhenti kerja sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue Jan 18 2022

Che Zakaria (kiri), Sabri (tengah) dan ahli keluarga serta rakan arwah hadir pada pengebumian dua mangsa lemas di Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Pasir Gudang, Kampung Cahaya Baru, Padir Gudang, pada Selasa. - Foto Sinar Harian

Kuching City FC tempah tiket ke suku akhir Piala FA
Perlawanan malam tadi menyaksikan ia bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling melancarkan serangan.

Sabah FC kongsi mata dengan pendahulu Liga Super, JDT
Skuad The Rhinos terlebih dahulu membuka jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan Baddrol Bakhtiar.

Iran antara negara tertinggi kadar pemvaksinan di dunia
Iran adalah antara negara yang mencatatkan kadar tertinggi dalam pemvaksinan di dunia, kata Pengarah Pencegahan Penyakit Kementerian Kesihatan Iran, Mohsen Zahraei pada Selasa.

Permintaan tinggi jenama tertentu tepung gandum punca kekurangan bekalan - Nanta
Negara hanya mengimport 15 peratus bekalan gandum dari India, Amerika Syarikat dan Ukraine manakala selebihnya dari Australia.

Orban angkat sumpah PM Hungary untuk penggal kelima
Dalam ucapannya, Orban memberi amaran bahawa masa sukar menanti di hadapan.

Cabaran pasca-COVID dalam subsektor perikanan tuntut komitmen berterusan LKIM
Komitmen itu juga penting agar hasil perikanan sentiasa mencukupi dalam terus menjamin sekuriti makanan negara.

Politik Filipina | Protes bantah lawatan Ferdinand Marcos Jr di Melbourne
Masyarakat Filipina di Australia berhimpun di melbourne bagi membantah lawatan bakal presiden, Ferdinand Marcos Junior yang dipercayai melawat anaknya di negara itu. Menurut jurucakapnya, Marcos Junior berada di Australia untuk tujuan lawatan peribadi bersama keluarga.

Terbuka Thailand: Sze Fei-Nur Izzuddin mara ke pusingan kedua
Beregu lelaki negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mereka di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2022.

Harimau Malaya | 29 Pemain sertai kem latihan bermula 19 Mei
Matthew Davies, Afiq Fazail, Guilherme De Paula, Junior Eldstal dan Norshahrul Idlan Talaha antara sembilan pemain baharu yang dipanggil untuk menyertai kem latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula 19 Mei ini. Pengendali Harimau Malaya, Kim Pan Gon mengumumkan, seramai 29 pemain yang telah disenaraikan sebagai persiapan mengharungi dua aksi persahabatan dan kelayakan Piala Asia 2023 yang bermula 27 Mei depan.

25 Tahun | Rossa Bakal adakan konsert di Jakarta 27 Mei ini
Tahun ini, genap 25 tahun penyanyi terkenal dari Indonesia, Datuk Seri Rossa berada dalam industri nyanyian. Penyanyi berusia 43 tahun itu membawa khabar gembira untuk peminat apabila bakal mengadakan Konsert Rossa 25 Shining Years pada 27 Mei ini di Istora Senayan, Jakarta.

'Arwah berubah jadi pendiam'
Anaknya itu jarang pergi ke kawasan sungai tersebut sebelum ini dan semasa kejadian mangsa bermain bersama-sama rakannya.