Menelusuri Jalan Jitra-Kodiang, kita akan dihidangkan dengan hamparan jelapang padi yang saujana mata memandang.
Di sini letaknya Parlimen Jerlun yang menaungi dua kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu DUN Kota Siputeh dan DUN Ayer Hitam.
Dengan rekod seramai 54,132 pemilih, Parlimen ini menjadi tumpuan ramai pihak kerana ekosistem politiknya yang penuh rencam.
Ketika singgah di Pekan Kodiang, kami mendapati harga barangan basah di sini jauh lebih murah jika dibandingkan dengan harga ikan di pasar lain.
“Mai mai!!! (Ikan) termenung sekilo empat ringgit.. sekilo empat ringgit..,” jerit salah seorang penjual.
Akan tetapi mata kami tertumpu kepada salah seorang penjual ikan lampam dan belida kerana pernah berjumpa di salah sebuah kedai kopi sebelum ini.
“Macam mana boleh jual ikan pulak?” Tanya saya kepada Along atau nama sebenarnya Mohd Shukor Mustafa.
“Ala... Macam ni la kami ni, time takda buat apa, kami tahan pukat la nak cari duit paket (poket),” jawabnya ringkas.
Along merupakan anak sulung daripada tiga beradik. Sudah punya dua anak, manakala isterinya pula suri rumah berasal dari Kelantan.
Bapanya seorang pesawah manakala ibunya pula menjalankan perniagaan menjual nasi lemak dan nasi campur untuk makan tengah hari di depan rumah.
Pertemuan itu berlanjutan sehingga Along selesai menjual ikan di Pasar Kodiang. Seterusnya, kami bersarapan di gerai ibunya kira-kira 3 kilometer dari pekan.
“Lepas keluar ILP (Institut Latihan Perindustrian), tak ada kerja, Along buat kerja (sawah) padi dan tahan pukat.
“Padi tu kan pendapatan (hanya dapat diraih) enam bulan sekali. Sementara nak boleh dapat duit padi tu, kita tahanlah pukat untuk (dapat) duit sampingan,” terang Along sambil menghirup teh 'O' panas.
Berbaloikah kegigihan ini?
Ketika ditanya mengenai jerih payah orang yang menjalankan lebih daripada satu pekerjaan, Along tenang menyusun jawapan berdasarkan pengalamannya.
“Macam Along, bukan takat (setakat) satu kerja saja.
"Melainkan pesawah ada banyak tanah dan dia boleh tumpu kat situ saja.
"Macam Along ni, bendang buat sikit. Itu pun sewa. Memang takkan cukup duit dari kerja bendang. Maka, kenalah buat kerja lain juga," jelasnya.
Along mengakui, dalam soal kerja, dia hanya 'tangkap muat'. Asalkan boleh mendatangkan pendapatan, dia akan lakukan.
"Kalau kemarau lama, pukat pula tak jalan, buat rumah pun boleh. Asalkan jadi duit," ulangnya lagi.
Menurut Along, menjadi nelayan sungai bukanlah semudah yang disangka kerana pendapatannya juga bergantung kepada rezeki.
“Macam kami ni kerja tiga orang.
“Pernah dapat naikkan ikan seperti jelawat dan siakap. Secara purata dapatlah RM165 seorang.
“Time tak ada apa tu biasanya boleh (berbahagi), dan seorang akan dapat antara RM40 atau RM50 seorang,” jelas Along.
Apabila ditanya kenapa tidak cuba menjadi nelayan laut, Along mengakui, dia tidak tahan dengan keadaan tersebut dan mudah mabuk laut.
Sebaliknya, dia sudah terbiasa dengan ekosistem sungai yang terhubung secara simbiosis dengan fitrah kerjanya sebagai seorang pesawah.
Berdasarkan cerita Along, dengan pendapatan yang dibawa pulang itu, sama ada sedikit atau banyak, kira-kira 60 peratus daripadanya akan dibelanjakan untuk membeli barangan dapur.
Sentimen yang sama turut dialami oleh ramai lagi penduduk di kawasan tersebut, dan mereka mengharapkan ada jalan untuk memperoleh pendapatan yang lebih menjanjikan keselesaan.
Bagi kumpulan pemilih di Jerlun yang membentangkan harapan mereka seluas bendang sawah ke kanvas langit, ada satu perkara yang mereka mahukan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.
Mereka mahukan pemimpin yang mudah didekati dan mendengar cerita mereka. Biasanya, individu yang sering bersama mereka dan memahami situasi, tidak sukar untuk diangkat sebagai wakil rakyat di situ.
Sekurang-kurangnya, kuasa memilih dan kesempatan itu akan mereka manfaatkan pada 9 Mei nanti.
BACA: Ke mana hala tuju industri padi pasca PRU14?
Hilal Azmi
Tue May 01 2018
Along serta keluarga mahu pemimpin yang dekat dengan rakyat malah mudah untuk didekati. - Astro AWANI
Pau Marti puji Harimau Malaya berjaya menang lepas ketinggalan
Vicente mengakui, ia satu perlawanan yang mencabar, terutamanya dengan kecederaan yang dialami pemainnya.
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
'Asal jadi duit, kami akan kerja' - Pesawah
Dengan rekod seramai 54,132 pemilih, kawasan Parlimen ini menjadi tumpuan ramai pihak kerana ekosistem politiknya yang penuh rencam.
Ating... si beruk 'multitasking' jadi kesayangan Awang
Ating setia menjaga rumah tuannya sepanjang ditinggalkan akibat dinaiki air ketika banjir gelombang pertama melanda Kelantan
#2kerja: 67 peratus netizen tolak dua kerja sebagai azam tahun baharu
Undian kelolaan AWANI menunjukkan majoriti netizen tidak bersetuju untuk melibatkan diri dengan dua kerja menjelang tahun 2016.
#2kerja: Netizen tidak selesa dengan cadangan Ahmad Maslan
Cadangan Datuk Ahmad Maslan mengenai dua kerja bagi rakyat untuk menampung kos sara hidup tidak disenangi netizen.
#2Kerja: Terpaksa korban masa dengan keluarga untuk terus 'bernafas'
Kisah Muhammad Jafni Jaafar yang menggagahkan diri melakukan dua pekerjaan demi menanggung kos sara hidup, lebih-lebih lagi isterinya bakal melahirkan cahaya mata.