sadcdcwaqd.jpg
OLEH instagram : @rosie.rania

Hingga tiba suatu hari, saya berada di Pulau Pinang untuk lawatan cawangan. Dan panggilan telefon yang tidak akan saya lupakan sampai bila-bila itu masih terngiang-ngiang di telinga:

“Dato’, Dato’… rumah Dato’ terbakar!”

“Rumah yang mana?” Tanya saya.

“Rumah di Meru Hill, Dato’. Kereta Bentley Dato’ meletup.”
Saya terkejut namun segera menjawab, tidak mengapa, apa boleh buat, jika rumah ditakdirkan terbakar, saya perlu reda.

“Tapi anak Dato’ ada di dalam rumah!”

Maha Besar Allah!

Rumah teres dua tingkat itu terletak di Taman Meru, saya sediakan sebagai kemudahan asrama untuk kakitangan Vida Beauty. Dua jam kereta kami memecut, melesat dari Pulau Pinang turun ke Ipoh. Kami tiba jam 11.30 malam. Allah! Hati saya luluh melihat rumah tempat kami berlindung, rumah tempat tersimpannya sebegitu banyak kenangan kami sekeluarga, rentung dan hangus. Berpuing-puing.

Dan hati saya berseru, inilah rupa-rupanya geruh yang mahu terjadi setelah 36 hari saya menjadi manusia yang tidak keruan, hati merusuh dan asap… ya, asap di Mekah! Ternyata inilah jawapannya untuk peristiwa kepulan asap bermata yang saya lihat di Mekah. Inilah rupa-rupanya berita sedih yang Tuhan ingin berikan kepada saya...

P/S: Temu bual bersama Dato' Seri Dr Hajah Vida, CEO Vida Beauty Sdn Bhd untuk #InTrendMalaysia edisi Mac 2015. Kisah tentang suri niaga yang sering dianggap tidak serius, tidak bercita tinggi, tiada kebijakan, kurang komited membangunkan empayar; tentang dua zuriatnya yang paling dicintai namun terkorban dalam tragedi kebakaran Ramadan. Dan terbaru, tentang kempen pengiklanan agresif yang menjadi bahan gurauan dan cemuhan. Jika dia bukan Pengasas Vida Beauty, mampukah orang lain memikul ujian terhebat ini?

Semoga hasilnya nanti membawa manfaat. Insya-Allah.
edfcwef.jpg