awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Asas utama dasar luar Malaysia kekal - Zambry

Bernama
Bernama
05/12/2022
12:29 MYT
Asas utama dasar luar Malaysia kekal - Zambry
Menteri Luar Negeri Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bercakap pada sidang media selepas hadir pada Majlis Ramah Mesra Warga Kementerian di Wisma Putra hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Asas-asas utama dasar luar Malaysia seperti dasar berkecuali dan kerjasama dengan negara-negara lain akan terus dikekalkan, kata Menteri Luar baharu Senator Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau yang memulakan tugas rasminya di Wisma Putra hari ini berkata aspek-aspek lain yang berkaitan dasar luar bagaimanapun memerlukan penjelasan dan penelitian mendalam daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri.
Zambry berkata beberapa aspek akan menjadi keutamaan termasuk hubungan dengan negara-negara tertentu yang memerlukan tinjauan semula.
"Daripada segi fokus sama ada perlu diberikan kepada negara A atau negara B. Yang ini kita perlukan petunjuk daripada perdana menteri, termasuk isu-isu tertentu yang perlu ditangani.
"Sebagai contoh, hubungan dengan ASEAN, satu daripada dasar luar yang sangat penting untuk diberikan keutamaan, hubungan dengan negara-negara kuasa besar, Asia Barat dan sebagainya," kata beliau pada sidang media selepas majlis ramah mesra bersama warga Wisma Putra, di sini, hari ini.
Ditanya mengenai isu-isu yang dekat dengan Malaysia seperti Palestin dan Myanmar, beliau berkata perkara berkenaan perlu dibincangkan terlebih dahulu sebelum beliau boleh membuat sebarang kenyataan.
Zambry merupakan seorang daripada 25 menteri kabinet baharu yang mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dasar luar Malaysia
#Kementerian Luar
#Zambry Abdul Kadir
#Wisma Putra
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan