awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN akan adakan mesyuarat khas mengenai Myanmar

Bernama
Bernama
24/10/2022
06:48 MYT
ASEAN akan adakan mesyuarat khas mengenai Myanmar
Pada Ogos, pemimpin Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing berkata beberapa konsensus akan dilaksanakan tahun ini. - Fail/REUTERS
HANOI: Menteri-menteri Luar ASEAN akan mengadakan mesyuarat khas di Indonesia pada Khamis (27 Okt) untuk membincangkan proses damai Myanmar, menurut Kementerian Luar Kemboja pada Ahad.
Mesyuarat akan diadakan di ibu pejabat Sekretariat ASEAN di Jakarta, antara lain akan membincangkan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara mengenai situasi Myanmar dalam usaha menamatkan konflik di negara itu, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA) memetik jurucakap kementerian Chum Sounry.
Konsensus berkenaan dicapai pada mesyuarat pemimpin badan serantau itu di Jakarta April lalu yang antara lain menghentikan serta-merta keganasan di Myanmar dan semua pihak mengambil langkah untuk bertenang; dialog konstruktif antara semua pihak yang berkenaan akan dimulakan untuk mencari jalan penyelesaian damai demi kepentingan rakyat; duta khas Pengerusi ASEAN akan memudahkan perantaraan proses dialog dengan bantuan Ketua Setiausaha ASEAN; ASEAN akan memberikan bantuan kemanusiaan melalui Pusat AHA; dan duta khas serta delegasi akan melawat Myanmar untuk bertemu dengan semua pihak yang berkenaan.
Pada Ogos, pemimpin Myanmar Jeneral Min Aung Hlaing berkata beberapa konsensus akan dilaksanakan tahun ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Myanmar
#Menteri Luar
#proses damai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan