KUALA LUMPUR: Majlis Penasihat Perniagaan Asean (Asean-BAC) yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga, transaksi dan produk serantau menerusi usaha baharu untuk menggalakkan integrasi ekonomi serantau, kata pengerusinya Tan Sri Nazir Razak.
Beliau berkata, memandangkan Malaysia akan mempengerusikan sidang kemuncak serantau itu pada 2025, ia akan memacu agenda sekor swasta untuk Asean-BAC bagi memastikan 10 negara anggota memberikan tumpuan kepada transaksi yang memberi manfaat dan mengeratkan ekonomi.
"Lazimnya, Asean-BAC adalah mengenai perubahan dasar dan pembaharuan (tetapi), kami inginkan tahun depan yang lebih memihak kepada transaksi dan janji niaga," katanya selepas pelancaran Asean Explorer Pass (Pas Penjelajah Asean) di sini hari ini.
Pelancaran pas berkenaan selaku pas perjalanan tahunan adalah contoh sesuai bagi produk serantau yang akan memanfaatkan pengembara yang menggunakan AirAsia X dan yang berada di bawah naungannya, kata Nazir sambil memaklumkan ia telah menawarkan pelbagai janji niaga sedemikian.
Menurutnya walaupun Laos adalah pengerusi bagi siri mesyuarat Asean-BAC tahun ini dan sidang kemuncak pada Oktober, ia membenarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah mesyuarat Asean-BAC ke-100 di Kuala Lumpur.
Nazir berkata Asean-BAC telah meneraju banyak projek di seluruh Asean dengan mesyuarat fizikal dan mesyuarat perniagaan ke perniagaan yang amat bermanfaat.
Beliau memberikan contoh terdapat lawatan daripada delegasi syarikat pertanian Filipina yang telah melawat Kuala Lumpur Kepong, Sime Darby, Farm Fresh iaitu syarikat terkemuka Malaysia dalam bidang pertanian, serta penyedia perkhidmatan dron Aerodyne, yang boleh memperkukuh pertanian teliti.
Nazir berkata sejak penubuhan Asean-Bac pada 2003, ia telah menjadi badan utama untuk memaklumkan kerajaan mengenai perniagaan di rantau ini dan menyokong apa-apa sahaja berkaitan perniagaan di Asean dalam bidang seperti perdagangan, pelaburan dan kerjasama perniagaan.
Sementara itu, produk Asean Explorer Pass menawarkan perjalanan tanpa had untuk meneroka destinasi Asean, terutama destinasi istimewa yang kurang dikenali di seluruh rantau ini, di luar destinasi terkenal dan bandar utama tahap-1 (tier-1).
Pas itu tersedia untuk pengembara global dan membantu mempromosikan Asean.
"Kami menyokong semua produk yang membantu Asean. Bagaimanapun, produk ini istimewa kerana ia bukan sekadar produk perniagaan, malah produk yang akan mempertingkatkan perjalanan merentas rantau ini, mempromosikan perjalanan perniagaan, pengembaraan pelancongan.
"Oleh itu, produk ini selari dengan apa yang kami lakukan dalam Asean-BAC," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2024
Nazir berkata Asean-BAC telah meneraju banyak projek di seluruh Asean dengan mesyuarat fizikal dan mesyuarat perniagaan ke perniagaan yang amat bermanfaat. - Gambar fail/Astro AWANI
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
Kerugian bersih Airasia X meningkat kepada RM305.24 juta
Perolehan hasilnya turut berkurangan kepada RM91.44 juta daripada RM1.01 bilion sebelum ini.
AirAsia X mungkin kembali ke India
Airasia X melihat kemungkinan akan memulakan kembali laluan ke eropah dan India yang dihentikan akibat kos tinggi sebelum ini.