awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Insentif Pengeluaran Getah diaktifkan di Sabah, Sarawak untuk Januari 2026
Malaysia dipilih Naib Pengerusi Sub-Kumpulan Kerja PBB mengenai peralatan utama
World Taekwondo benarkan atlet Rusia dan Belarus sertai kejohanan antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Guru muat naik hantaran jelik kemalangan pelajar UPSI, polis tunggu laporan perubatan

Bernama
Bernama
19/06/2025
07:52 MYT
Guru muat naik hantaran jelik kemalangan pelajar UPSI, polis tunggu laporan perubatan
Noor Hisam berkata setakat ini pihaknya dimaklumkan guru terbabit masih menerima rawatan di hospital berkenaan. -Gambar fail/Bernama
IPOH: Polis masih menunggu laporan perubatan daripada Hospital Seri Manjung berkaitan keadaan kesihatan seorang guru yang memuat naik hantaran jelik di media sosial mengenai kemalangan bas melibatkan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Gerik, baru-baru ini.

Ringkasan AI
  • Polis masih menunggu laporan perubatan daripada Hospital Seri Manjung berkaitan keadaan kesihatan seorang guru yang memuat naik hantaran jelik mengenai kemalangan bas melibatkan pelajar UPSI.
  • Guru tersebut telah diambil keterangan pada 16 Jun dan telefon bimbitnya dirampas untuk siasatan; beliau dipercayai mengalami masalah psikiatrik.
  • Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kertas siasatan hampir siap untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata setakat ini pihaknya dimaklumkan guru terbabit masih menerima rawatan di hospital berkenaan.
"Pihak polis telah ambil keterangan guru berkenaan pada 16 Jun lepas dan kita juga telah merampas telefon bimbit peribadi miliknya untuk membantu siasatan.
"Kertas siasatan juga hampir siap untuk diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya. Cuma kita sedang tunggu laporan perubatan guru berkenaan yang dipercayai mengalami masalah psikiatrik," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak di Mes Pegawai Kanan Polis Perak di sini hari ini.
Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman dilaporkan berkata pihaknya menerima satu laporan pada 11 Jun lepas mengenai hantaran itu daripada akaun Facebook pengguna yang menggunakan nama 'Khalid Yunus'.
Pada 16 Jun, beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#guru
#laporan perubatan
#Hospital Seri Manjung
#hantaran jelik
#kemalangan bas UPSI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami