awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HRD Corp gantung tugas 3 pengurusan tertinggi susulan isu tadbir urus
Trump tolak cadangan Putin lanjutkan had penempatan senjata nuklear
Suspek pembunuhan larikan diri 37 tahun dibawa balik ke HK dari Thailand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad

Bernama
Bernama
13/12/2024
01:20 MYT
ASEAN-GCC-China gabungan 'segi tiga' berpotensi besar - Mohamad
Mohamad berkata kerjasama melibatkan tiga blok itu juga mampu meluaskan pasaran ekonomi negara terlibat, di samping mengelakkan kebergantungan kepada satu sumber pasaran semata-mata. - Foto Facebook/Mohamad Hasan
MADINAH: Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC)-China yang akan berlangsung di Malaysia pada 2025 sempena kepengerusian ASEAN, dijangka membentuk pakatan segi tiga yang berpengaruh serta membuka potensi besar bagi kerjasama pelbagai hala rentas sektor.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata ketiga-tiga blok itu mempunyai kekuatan tersendiri yang boleh dimanfaatkan melalui kerjasama baik.
“GCC adalah blok yang mempunyai banyak modal, ASEAN pula kaya dengan sumber asli dengan potensi pembangunan, manakala China memiliki pasaran yang besar.
“Jadi sekiranya kerjasama ini diuruskan dengan baik, (gabungan) ASEAN, GCC dan China bakal membentuk satu blok baharu yang besar serta memberi impak besar kepada ekonomi dunia,” katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis makan malam bersama Komuniti Malaysia di Madinah di sini pada Khamis.
Mohamad berkata kerjasama melibatkan tiga blok itu juga mampu meluaskan pasaran ekonomi negara terlibat, di samping mengelakkan kebergantungan kepada satu sumber pasaran semata-mata.
“Kita tidak boleh bergantung kepada satu sumber atau satu pasaran semata-mata. Kita mesti pelbagaikan kawasan sumber, termasuk pelaburan dan pasaran,” katanya.
Pada 8 Nov lepas, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil dilaporkan berkata bahawa Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN 2025 secara rasmi menjemput pemimpin China untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.
Fahmi berkata jemputan itu disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Presiden Xi Jinping dan Perdana Menteri Li Qiang ketika beliau melakukan lawatan kerja ke China pada November lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohamad Hasan
#ASEAN
#GCC
#China
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan