KUALA LUMPUR: ASEAN harus kekal sebagai zon aman, bebas dan berkecuali di tengah-tengah persaingan antara Amerika Syarikat dan China yang semakin meningkat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian dalam temu bual dengan penyiar kebangsaan China CCTV yang disiarkan pada malam hari Jumaat. Temu bual itu dirakam semasa lawatan rasmi tiga harinya ke Beijing minggu lepas.
Anwar menyatakan bahawa ASEAN ditubuh untuk menggalakkan keamanan dan kestabilan di rantau ini, termasuk menjalin kerjasama di kalangan negara anggotanya, dan objektif ini harus dikekalkan.
Malaysia merupakan antara lima pengasas ASEAN semasa pertubuhan itu dibentuk pada 1967.
"Pendirian ini berterusan. Kami tidak mahu rantau ini menjadi pangkalan persaingan ketenteraan.
"Pendirian itu agak konsisten walaupun kami kekal mesra dengan semua negara," katanya dalam temu bual itu.
Beliau berkata wilayah itu tidak sepatutnya menjadi medan persaingan kuasa dan tidak boleh dibiarkan dengan provokasi yang tidak perlu muncul daripada persaingan itu.
Memetik mengenai AUKUS, Anwar berkata Malaysia telah menimbulkan kebimbangan mengenai pakatan keselamatan itu melibatkan Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat di Indo Pasifik yang dilihat akan memburukkan lagi keadaan di rantau itu.
"Itulah sebabnya Malaysia mengambil tindakan yang lebih tegas dan konsisten sejak dari mula lagi, untuk tidak membenarkan keadaan itu meningkatkan lagi ketegangan tentera, atau dianggap atau dilihat sebagai provokatif," katanya.
Beliau juga menggesa China dan AS mencari penyelesaian terbaik dalam menangani ketegangan antara kedua-dua pihak.
Di sisi domestik, Anwar berkata Malaysia kini kembali ke landasan berikutan tadbir urus yang baik menjadi teras pentadbirannya dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara.
Beliau berkata kerajaan juga memberi tumpuan untuk membanteras rasuah dan membersihkan imej negara.
"Kita perlu bertindak tegas terhadap (rasuah) ini, kerana itu akan menggalakkan kemasukan pelabur.
"Malaysia pernah menunjukkan prestasi yang lebih baik pada 1990-an daripada segi pertumbuhan, tetapi ia telah merosot selama beberapa dekad selepas krisis 1997 (kewangan). Kini kita kembali ke landasan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 08 2023
Anwar berkata Malaysia kini kembali ke landasan berikutan tadbir urus yang baik menjadi teras pentadbirannya dalam memacu pertumbuhan dan pembangunan negara. - Gambar fail
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu saham berkaitan pusat data, akhiri penyusutan lima hari
Bursa Malaysia menamatkan penyusutan lima hari berturut-turut apabila ditutup lebih tinggi hari ini, dipacu saham-saham berkaitan rantaian bekalan pusat data, terutama utiliti dan aluminium.
AWANI 7:45 [13/12/2024] – Laporan RCI Kaji Keputusan Kabinet | Kapasiti 50 Megawatt | Kategori Oku Fizikal 65.2 Peratus | Majoriti Kekayaan Saham Tesla
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nickyson Nyambar
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Kedaulatan Batu Puteh, tiada agenda dendam - PM
- Malaysia cipta sejarah, salur tenaga elektrik hijau pertama ke Singapura
- OKU penjawat awam meningkat, lebih 3,000
- Elon Musk, individu pertama memiliki kekayaan lebih UDS400 bilion
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Banjir di Terengganu pulih, di Pahang, Perak, Johor tidak jauh berubah
Situasi banjir di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup pada 2.30 petang tadi.
Kes bayi beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Usul baharu untuk dakwa Presiden Yoon dibawa ke Parlimen
Usul kedua untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berhubung pengisytiharan undang-undang tentera yang gagal dilaksanakan telah dibawa ke Parlimen pada Jumaat.
Yusoff Rawther akan kemuka representasi gugut tuduhan edar dadah, miliki senjata tiruan
Muhammed Yusoff Rawther akan mengemukakan representasi kepada Peguam Negara (AG) bagi mengugurkan pertuduhan mengedar dadah jenis kanabis seberat 305 gram dan memiliki dua pucuk pistol tiruan.
Musk, individu pertama miliki kekayaan lebih AS$400 bilion
Elon Musk menjadi individu pertama yang dianggarkan memiliki kekayaan hingga melebihi AS$400 bilion, lapor Forbes dan Bloomberg. Sebahagian besar kekayaan Musk terdiri daripada saham syarikat pengeluar kereta elektrik, Tesla, dan syarikat aeroangkasa, SpaceX.
[TERKINI] Gagal teruskan permainan, slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, tidak dapat meneruskan saingan di final Jelajah Dunia BWF apabila menarik diri akibat kecederaan ketika bertemu, Li Shi Feng, sebentar tadi.
Final Jelajah Dunia BWF: Gagal teruskan permainan, penyertaan serta slot separuh akhir Zii Jia dibatalkan
Penyertaan pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, sah dibatalkan apabila terpaksa mengambil keputusan untuk menarik diri ekoran kecederaan ketika bertemu wakil tuan rumah, Li Shi Feng.
Batu Puteh: 'Saya tak pernah berdendam dengan Tun M, tapi ini soal wilayah' - Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah berdendam dengan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu kedaulatan Batu Puteh.
PM Anwar ucap tahniah kepada skuad FAM eRimau, Ahmad Muhaimin
Dalam aksi final semalam, skuad FAM eRimau mencipta sejarah apabila menjuarai kejohanan itu selepas menewaskan Maghribi 2-0.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Kadar subsidi FLYsiswa naik kepada RM400 bermula Januari 2025 - PM Anwar
Kerajaan bersetuju menaikkan RM100 kadar bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan menerusi FLYsiswa kepada RM400 seorang bermula 1 Januari 2025.
RCI Batu Puteh: Anwar serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Laporan RCI mengesyorkan siasatan jenayah terhadap bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengikut Seksyen 415(b), 417, dan 418 Kanun Keseksaan.
PM Anwar ingatkan AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kerangka digital dulu permulaan, kini kemestian - PM
Katanya, ketika menerajui Kementerian Kewangan lebih 20 tahun lalu, industri pendigitalan hanya dianggap satu permulaan dan bukan kemestian.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM Anwar terima kunjungan Menteri Luar Denmark
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menerima kunjungan Menteri Luar Denmark Lars Lokke Rasmussen di Bangunan Parlimen.
Dunia sembang tegakkan hak asasi tapi isu Palestin membisu, ini hipokrit - PM Anwar
Komuniti antarabangsa perlu bangkit untuk menegakkan semula prinsip asas keadilan dan kesaksamaan yang menjadi tunjang kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).