awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ASEAN perlu beri fokus terhadap '4I' - Michael Yeoh

Bernama
Bernama
26/04/2015
12:58 MYT
ASEAN perlu beri fokus terhadap '4I' - Michael Yeoh
Dengan 620 juta penduduk dan Keluaran Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$2.4 trilion, ASEAN merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia.- Gambar fail
ASEAN perlu memberi fokus terhadap '4I' - infrastruktur, inovasi, pembangunan inklusif dan pelaburan - sebagai pemacu utama kemakmurannya pada masa akan datang, kata Pengerusi Forum Kepimpinan ASEAN Tan Sri Michael Yeoh.
Beliau berkata walaupun masa depan rantau ini banyak bergantung kepada 4C- pembangunan komuniti, kesambungan, persaingan dan kepusatan - pada waktu sama, ASEAN perlu memberi lebih banyak tumpuan terhadap 4I.
Katanya, ASEAN telah mencapai banyak kemajuan dan kini berada di ambang terbentuknya Komuniti Ekonomi ASEAN sebagai pasaran dan pangkalan pengeluaran tunggal.
Beliau berkata, dengan 620 juta penduduk dan Keluaran Negara Kasar (KDNK) sebanyak US$2.4 trilion, ASEAN merupakan ekonomi ketujuh terbesar di dunia.
"ASEAN sangat penting bagi keamanan, kestabilan dan kemakumuran berterusan di Asia Tenggara dan kemampuannya bergerak seiring dengan perkembangan rantau ini sejak 50 tahun lepas menjadi bukti tentang kebingkasan serta kejayaan yang dicapainya," kata beliau ketika berucap pada Forum Kepimpinan ASEAN ke-12 di sini hari ini.
Mengenai forum itu, Yeoh, yang juga Ketua Pegawai eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI), berkata ia menjadi pelengkap kepada perbahasan dan perbincangan sihat tentang masa depan ASEAN.
Katanya, cabaran serta prospek masa depan ASEAN bukan sahaja datang daripada perniagaan, tetapi juga daripada generasi muda, masyarakat sivil dan ahli akademik.
Forum bertemakan 'Kemaraan ASEAN: Satu Komuniti, Satu Visi dan Satu Warga' itu dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.
Ia juga disertai Presiden Myanmar U Thein Sein, Perdana Menteri Kemboja Samdech Hun Sen, Ketua Eksekutif Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong C. Y. Leung, Setiausaha Negara Filipina bagi Jabatan Perdagangan dan Perindustrian Gregory L Domingo dan Menteri Perdagangan dan Perindustrian Laos Khemmani Pholsena.
Topic Berkaitan
#ASEAN
#asli
#KDNK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan