ASEAN perlu terus junjung prinsip keterbukaan dan perpaduan - PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada DHL GoTrade Summit 2025 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: ASEAN perlu terus menjunjung prinsip keterbukaan dan perpaduan dalam menghadapi suasana yang tidak menentu, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan prinsip multilateralisme semakin lemah dan memerlukan pendekatan baharu dalam menghadapi perubahan ekonomi global.
- Beliau menyeru negara-negara meneroka kerjasama strategik yang fleksibel dan berasaskan hasil nyata, bukan sekadar perjanjian mengikat atau retorik peraturan.
- Anwar menekankan keperluan daya tahan, kelincahan dan perpaduan ASEAN dalam menghadapi ketidaktentuan global serta membina kerjasama serantau yang kukuh.
Haluan ke hadapan mungkin tidak hanya bergantung kepada perjanjian mengikat yang sering tergugat oleh perbezaan kepentingan, tetapi kepada protokol fasilitasi sukarela dan fleksibel yang dapat menghasilkan keputusan sebenar serta membina kepercayaan tulen,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup DHL GoTrade Summit 2025 di ibu negara pada Selasa.
Anwar berkata, dalam keadaan dunia yang semakin kompleks, sudah tiba masanya negara-negara mencari jalan baharu untuk bekerjasama secara lebih strategik dan saling menguntungkan.
“Dunia tidak memerlukan lebih banyak retorik tentang peraturan, tetapi komitmen semula terhadap keadilan dan hasil yang nyata,” tegas Perdana Menteri.
Tambah beliau, dasar tarif, sekatan dan polisi perdagangan yang berubah-ubah kini sedang membentuk semula rantaian bekalan global.
“Ketidaktentuan ini mengingatkan kita tentang pentingnya daya tahan, kelincahan dan kerjasama serantau.
“Malaysia percaya bahawa dalam suasana tidak menentu ini, ASEAN mesti terus menjunjung prinsip keterbukaan dan perpaduan,” jelas beliau.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami