MALAYSIA
ASEAN: PM Anwar adakan pertemuan dengan Thaksin bincang isu serantau

Pelbagai isu penting serantau dibincangkan termasuk situasi di Myanmar serta pembangunan mata wang kripto. - Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan bekas Perdana Menteri Thailand yang juga mempengerusikan kumpulan penasihat tidak formal kepada Pengerusi ASEAN, Thaksin Shinawatra, pada Ahad.
Ringkasan AI
- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu Thaksin Shinawatra untuk membincangkan isu serantau.
- Pertemuan itu membincangkan situasi di Myanmar dan pembangunan mata wang kripto.
- Mahkamah Thailand membenarkan Thaksin meninggalkan negara dengan jaminan 5 juta baht.
Terdahulu, Mahkamah Thailand pada 31 Jan memberi kebenaran kepada Thaksin untuk meninggalkan negara itu, satu pengecualian yang jarang berlaku bagi defendan yang menghadapi pertuduhan mahkamah.
Mahkamah memerintahkan wang tunai 5 juta baht sebagai jaminan, dan diminta melaporkan diri dalam tempoh tiga hari selepas pulang ke tanah air.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami