NATIONAL
ASEAN seru ekosistem digital yang selamat, inovatif dan terangkum

Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum, sambil menggesa kerjasama serantau yang lebih erat dalam inovasi kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan dalam talian.
JAKARTA: Para pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan terangkum, sambil menggesa kerjasama serantau yang lebih erat dalam inovasi kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan dalam talian.
Ringkasan AI
- Pemimpin digital ASEAN memperbaharui komitmen untuk membentuk masa depan digital yang selamat dan inklusif serta menggesa kerjasama serantau dalam inovasi AI dan keselamatan siber.
- Mesyuarat menilai kemajuan pelan digital ASEAN dan membincangkan langkah menangani penipuan dalam talian.
- ASEAN akan lancarkan Digital Outlook 2025 dan memperkukuh pelan digital jangka panjang, dipimpin Vietnam melalui ADM2030.
"Delegasi menekankan keperluan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi ekonomi digital serantau, khususnya melalui penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk membawa perubahan," menurut Sekretariat ASEAN dalam satu kenyataan.
Mesyuarat di Jakarta itu turut menilai kemajuan hasil utama Mesyuarat Menteri Digital ASEAN ke-5 (ADGMIN) di Bangkok, serta mengadakan Mesyuarat Kumpulan Kerja ASEAN Mengenai Penipuan Dalam Talian kelima yang membincangkan usaha bersama menangani ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat.
Antara pengumuman utama ialah penganjuran Forum Digital ASEAN 2026 yang akan diadakan seiring dengan ADGMIN keenam di Vietnam, anjuran bersama ADGSOM dan Yayasan ASEAN bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam isu digital.
Pegawai turut mengalu-alukan pelancaran akan datang ASEAN Digital Outlook 2025, satu inisiatif bersama yang disokong oleh Google.org bagi membantu perancangan digital jangka panjang, selain mengulangi komitmen terhadap transformasi digital ASEAN di bawah Pelan Induk Digital ASEAN 2030 (ADM2030).
"Vietnam diberi kepercayaan untuk memimpin pembangunan ADM2030, yang dijangka diluluskan pada ADGMIN keenam awal 2026.
"Kerangka baharu ini akan membimbing pertumbuhan digital ASEAN untuk lima tahun akan datang, dengan matlamat meningkatkan daya saing serantau dalam landskap digital global," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami